Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464268
Title: Pemprofilan protein dan analisis protease cecair kendi Nepenthes ampullaria
Authors: Rishiesvari Ravee (P94517)
Supervisor: Goh Hoe Han, Prof. Madya Dr.
Keywords: Proteins -- Analysis
Proteolytic enzymes
Nepenthes
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Sep-2019
Description: Tumbuhan karnivor daripada genus Nepenthes menghasilkan organ kendi dengan kelenjar pencernaan yang berfungsi untuk memerangkap dan mencerna serangga bagi memperoleh sumber nitrogen. Nepenthes ampullaria adalah tumbuhan yang sangat unik kerana mempunyai keupayaan detritivor untuk menyerap nutrien bernitrogen daripada sarap daun selain sebagai insektivor. Pemprofilan protein terperinci N. ampullaria dan eksperimen kelanjutan kendi tidak pernah dilaporkan sebelum ini. Oleh itu, kajian pemprofilan enzim di dalam cecair kendi diperlukan bagi mengenal pasti perubahan komposisi sewaktu awal pembukaan kendi N. ampullaria. Dalam kajian ini, kami memerhatikan perkembangan kendi setiap hari bagi menentukan masa pembukaan kendi untuk persampelan. Pemprofilan protein daripada cecair kendi tumbuhan Nepenthes amat mencabar kerana kepekatan protein yang sangat rendah. Isu ini diatasi dengan mengumpulkan sekurang-kurangnya enam replikat dan pemekatan vakum. Kajian telah dijalankan terhadap cecair kendi yang dikumpulkan dalam masa 24 jam pembukaan tudung kendi (D0), tiga hari selepas pembukaan kendi (D3C), serta sampel daripada eksperimen kelanjutan kendi (D3L) di mana protein bersaiz lebih daripada 10 kDa telah diasingkan daripada kendi yang baru dibuka melalui penapisan dan dikumpulkan semula selepas tiga hari. Eksperimen ini bertujuan untuk mengkaji kedinamikan rembesan protein selepas tiga hari melalui analisis elektroforesis gel poliakrilamida-sodium dodesil sulfat (SDS-PAGE) dan spektrometri jisim-kromatografi cecair (LC-MS/MS) bebas gel. Kaedah proteomik termaklum oleh transkriptomik (PIT) berdasarkan pangkalan data jujukan spesifik membolehkan pengenalpastian protein secara menyeluruh dalam cecair kendi. Kajian proteomik telah berjaya mengenal pasti 212 protein daripada cecair kendi N. ampullaria dengan 27 protein yang dikenal pasti dengan yakin melalui analisis LC-MS/MS. Sebanyak tujuh protein baru telah dikenal pasti daripada cecair kendi yang tidak pernah dilaporkan dalam tumbuhan Nepenthes, seperti xiloglukan endotransglukosilase, fosfatidilinositol 4-fosfat 5-kinase 7, protein berkaitan dengan pengontangan PCC13-63, fasciclin-like arabinogalactan protein 7, PI-PLC X domain-containing protein, protein pengangkut gula dan protein famili WEB At1g75720. Mengikut 20 kategori proses biologi yang berkait rapat dengan mekanisme karnivor, kumpulan protein yang lazim ditemui dalam cecair kendi adalah enzim hidrolitik (protease, lipase, glukanase, peroksidase dan fosfatase), protein berkaitan patogenesis, pengangkutan serta pengisyaratan yang memainkan peranan penting dalam sistem pencernaan dan penyerapan nutrien. Aktiviti asai enzim menunjukkan rembesan berterusan protease dan aktiviti protease meningkat selari dengan tempoh kematangan kendi. Aktiviti protease yang maksimum dikesan dalam cecair kendi yang dikumpulkan selepas tujuh hari pembukaan tudung kendi (D7). Penemuan aktiviti protease dalam sampel D3L juga menyokong analisis SDS-PAGE dan LC-MS/MS yang mengesahkan rembesan semula protease yang telah ditapis keluar. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman terhadap komposisi protein serta pengawalaturan rembesan protease dalam cecair kendi N. ampullaria.,Sarjana Sains
Pages: 90
Call Number: QP551.R537 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113173+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.