Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464266
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Farah Mamat (P88609)-
dc.date.accessioned2023-09-26T08:58:16Z-
dc.date.available2023-09-26T08:58:16Z-
dc.date.issued2019-06-12-
dc.identifier.otherukmvital:113171-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464266-
dc.descriptionGarcinia mangostana Linn. (manggis) adalah buah tropika bersifat klimakterik yang digelar sebagai "Permaisuri buah" ekoran daripada rasanya yang manis dan unik. Manggis mempunyai pelbagai fungsi biologi dan farmaseutikal seperti anti-kanser, anti-radang, anti-malaria dan anti-oksida berikutan kandungan sebatian bioaktif yang tinggi terutamanya xanton. Meskipun permintaan pasaran manggis semakin meningkat, namun pengetahuan mengenai mekanisme pemasakan manggis yang kompleks masih lagi kurang. Oleh itu, pendekatan biologi sistem menggunakan platform metabolomik telah digunakan dalam kajian ini bagi meningkatkan kefahaman tentang pengawalaturan metabolik semasa pemasakan manggis. Metabolit manggis telah diekstrak daripada empat peringkat pemasakan (peringkat 0, 2, 4, dan 6) dan dibezakan tisunya (perikarpa, isi dan biji manggis). Pada awalnya, beberapa kaedah pengekstrakan menggunakan bahan pelarut berbeza dengan nisbah yang berlainan telah diuji bagi mendapatkan jumlah metabolit yang paling optimum. Dua kaedah terbaik telah dipilih dan digunakan untuk menganalisis kesemua sampel manggis iaitu metanol/klorofom/air (3:1:1) disertai teknik sonikasi bagi analisis kromatografi gas-spektrometri jisim (GC-MS) dan metanol/asid formik (599:1) disertai teknik sonikasi bagi analisis kromatografi cecair-spektrometri jisim (LC-MS). Corak perubahan metabolit bagi setiap kumpulan eksperimen seterusnya diproses menggunakan analisis statistik univariat dan multivariat serta analisis varians dua-hala (two-way ANOVA) dan kaedah bioinformatik. Sebanyak 155 metabolit telah dikenalpasti secara putatif merangkumi pelbagai kumpulan metabolit primer dan sekunder termasuklah gula, asid amino, asid organik, fenolik, terpenoid, alkaloid dan xanton. Hasil kajian mencadangkan bahawa metabolit berpengaruh tinggi dengan nilai pembolehubah berkepentingan dalam unjuran (VIP) melebihi 1.00 (VIP ≥1.00) dan signifikan secara statistik (p ≤0.05) terdiri daripada metabolit primer (contohnya L-manopiranosa, myo-inositol, arabinofuranosa, asid galakturonik, asid L-(+)-tartarik dan butanal) dan metabolit sekunder (contohnya neoisotegana, epirobinatidiol-(4β,8)-katesin, α-mangostin dan gartanin). Metabolit ini mungkin menyumbang kepada degradasi dinding sel, perkembangan rasa, warna dan aroma serta sistem pertahanan di dalam pelbagai tisu manggis. Analisis tapak jalan seterusnya mendapati bahawa pengawalaturan metabolisme galaktosa, metabolisme askorbat dan aldarat, metabolisme glioksilat dan dikarboksilat, penyalingtukaran pentosa dan glukuronat serta kitaran asid trikarboksilik (TCA) berlaku pada tahap yang berbeza semasa pemasakan manggis. Ini adalah laporan pertama yang telah berjaya merungkai metabolom dan tapak jalan metabolik semasa pemasakan manggis menggunakan pendekatan GC-MS dan LC-MS serta analisis bioinformatik. Hasil kajian ini diharap akan menjadi asas kepada penambahbaikan dalam penghasilan buah dan pembangunan teknologi lepas tuai buah manggis serta peningkatan nilai komersial dan ekonomi buah yang bermanfaat tinggi ini pada masa hadapan.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPlants -- Metabolism-
dc.subjectMangosteen -- Ripening-
dc.subjectFruit -- Ripening-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAnalisis metabolomik semasa pemasakan daripada pelbagai tisu buah Garcinia mangostana Linn.-
dc.typetheses-
dc.format.pages175-
dc.identifier.callnoQK881.S568 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004303(2019)-
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113171+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.