Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464252
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzman Jalar, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorFakhrozi Che Ani (P65238)-
dc.date.accessioned2023-09-26T06:49:45Z-
dc.date.available2023-09-26T06:49:45Z-
dc.date.issued2016-02-19-
dc.identifier.otherukmvital:80601-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464252-
dc.descriptionIsu-isu terma dalam proses pematerian telah dikaji dalam proses pematerian aliran semula dan pematerian gelombang. Kepentingan kajian ini adalah pada pakej bebola tatasusunan bergrid (BGA) dan juga THC pada sambungan pateri bagi proses pematerian aliran semula dan pematerian gelombang. Keserasian backward sambungan pateri terbentuk pada suhu puncak aliran semula yang tinggi (241.9 to 242.45 oC) dan penghapusan pengelupasan untuk aplikasi industri aeroangkasa juga turut diselidik. Pada profil suhu maksima, pes pateri Sn-Pb bersama dengan BGA bebas plumbum bergabung secara homogen untuk membentuk keserasian backward sambungan pateri dan menghasilkan ciri-ciri mekanikal serta sifat bahan yang baik. Penghapusan pengelupasan dalam keserasian backward BGA dijalankan dengan substrat Nikel melalui proses pengoptimuman aliran semula pada suhu maksima (234.06 hingga 237.09 oC). Pengoptimuman profil aliran semula ini mengurangkan ketegasan pada sambungan pateri seperti ditunjukkan dalam simulasi elemen terhingga. Selain itu profil dan gerak balas terma pada pakej BGA semasa proses aliran semula telah dianalisakan menggunakan ANSYS Fluent 14.5 dan ANSYS Struktur Statik 14.5. Pengembangan terma semasa pemasangan pakej BGA meningkat dan menurun dengan suhu yang digunakan. Isu resapan zink ke dalam pin penyambungan elektronik juga dikaji dalam proses pematerian gelombang. Kehadiran unsur zink menyebabkan resapan zink berlaku di dalam kawasan yang tak-membasah bagi permukaan pin THC yang mempunyai lapisan nikel yang nipis (kurang daripada 1.27 μm). Proses alternatif pematerian gelombang tunggal telah dicadangkan untuk pra-saduran emas (Au) bagi THC. Akhirnya, sifat aliran kapilari leburan pateri pada THC bagi perbezaan bentuk pin diperiksa dengan menggunakan pendekatan pengiraan kaedah isipadu terhingga tiga dimensi. Penggunaan pin berbentuk bulat THC telah menghasilkan keputusan yang terpantas manakala THC bersegi meningkatkan masa pengisian tetapi menyebabkan ketidakseragaman profil berlaku. Ramalan profil pateri yang dikira juga telah disokong oleh keputusan eksperimen. Oleh itu, hasil kajian ini adalah diharapkan dapat memberi kefahaman yang lebih baik tentang isu terma semasa bagi pematerian aliran semula dan pematerian gelombang kepada jurutera dan penyelidik dalam industri mikroelektronik.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPematerian aliran semula-
dc.subjectPematerian gelombang-
dc.subjectBebola tatasusunan bergrid-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleIsu-isu terma dalam proses aliran semula dan pematerian gelombang-
dc.typetheses-
dc.format.pages182-
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80601+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
109.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.