Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464245
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSahbudin Shaari, Prof. Dr.
dc.contributor.authorZalhan Md Yusof (P45104)
dc.date.accessioned2023-09-26T06:49:41Z-
dc.date.available2023-09-26T06:49:41Z-
dc.date.issued2014-04-03
dc.identifier.otherukmvital:75854
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464245-
dc.descriptionKeadaan polarisasi cahaya memainkan peranan penting di dalam bidang optik dan pencahayaan. Polarisasi cahaya adalah satu fenomena alam yang boleh dimanfaatkan di dalam banyak aplikasi kehidupan. Bertambahnya keperluan di dalam penyelidikan berkaitan polarisasi cahaya seperti pengekodan polarisasi di dalam Perkongsian Kunci Kuantum (QKD) menuntut kepada keadaan polarisasi cahaya yang stabil dan boleh dikawal. Di samping keperluan untuk pengekodan maklumat, keadaan polarisasi cahaya juga digunakan untuk pelbagai aplikasi di dalam bidang telekomunikasi dan penyelidikan berkaitan komponen penderiaan yang menggunakan ciri polarisasi sebagai asas pengesanan. Ramai penyelidik telah melakukan pelbagai kaeadah untuk penstabilan dan pengawalan keadaan polarisasi cahaya sama ada dengan cara aktif atau pasif. Kaeadah pengawalan keadaan polarisasi pasif yang dikenali adalah penggunaan gentian optik pengekalan polarisasi. Sesetengah penyelidik juga telah menunjukkan bahawa keadaan polarisasi akan berulang pada setiap panjang rentak (beat length) apabila cahaya melalui gentian optik SMF28. Di dalam tesis ini, penyelidikan dilakukan untuk mendapatkan kaedah bagi mengawal keadaan polarisasi cahaya yang merambat di dalam gentian optik piawai yang normal dengan matlamat untuk mendapatkan pengstabilan cara pasif. Kajian juga dilakukan untuk mencari panjang rentak menggunakan kaedah pemunduran panjang. Ujikaji dilakukan untuk mendapatkan ciri keadaan polarisasi cahaya pada setiap pemunduran yang ditetapkan secara linear. Terdorong oleh kejayaan penyelidikan suapbalik aktif pengawalan keadaan polarisasi cahaya di dalam pengekodan maklumat Perkongsian Kunci Kuanta dan tiadanya laporan yang menyebut tentang kerja-kerja berkaitan peranti pampasan pasif dalam kaedah pengawalan keadaan polarisasi, sebuah konfigurasi dan kaedah pampasan pasif dibangunkan menggunakan komponen pengawalan polarisasi pasif. Pampasan polarisasi yang pertama untuk kesemua enam asas keadaan polarisasi cahaya iaitu mendatar, menegak, pepenjuru kiri, pepenjuru kanan, membulat kiri dan membulat kanan telah berjaya dicapai dengan nilai pematuhan parameter Stokes melebihi 93% pada setiap keadaan polarisasi mengikut keadaan asal. Keputusan pencirian menunjukkan kejayaan pampasan pada keadaan polarisasi membulat kiri. Keadaan polarisasi kekal serupa dengan keadaan asal dengan nilai Stokes berkaitan, S1, S2 dan S3 juga adalah sama. Kajian yang kedua dilanjutkan dengan dua peringkat pampasan polarisasi pasif dan menambahkan pelbagai panjang gentian optik di antaranya. Enam keadaan polarisasi asas telah dapat dikekalkan dengan peranti pampasan pasif pada setiap permulaan keadaan polarisasi yang ditetapkan tanpa mengira panjang gentian yang diletakkan sebelumnya. Kepatuhan melebihi 96% dicapai untuk memastikan bahawa destinasi terakhir akan mempunyai persamaan keadaan polarisasi dengan sumber. Kajian yang ketiga di dalam tesis ini menfokuskan kepada penentuan panjang rentak keadaan polarisasi di dalam gentian optik. Walaupun ramai telah menunjukkan pelbagai nilai panjang rentak antara beberapa mikrometer ke beberapa milimeter, kajian ini yang melaksanakan kaedah pemunduran panjang tidak dapat memutuskan nilai panjang rentak yang umum.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePampasan pasif dan penstabilan keadaan polarisasi cahaya di dalam gentian optik monomod SMF28
dc.typetheses
dc.format.pages95
dc.identifier.barcode001255
dc.identifier.barcode005660(2021)(PL2)
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75854+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
3.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.