Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464234
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorYazrina Yahya, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Norzaliman Mohd Zain (P53651)
dc.date.accessioned2023-09-26T06:49:36Z-
dc.date.available2023-09-26T06:49:36Z-
dc.date.issued2014-07-09
dc.identifier.otherukmvital:75256
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464234-
dc.descriptionPada masa ini, pembekal, pemborong, petani dan pelanggan ikan keli di Malaysia tidak mempunyai satu medium interaksi rasmi untuk mendapatkan maklumat mengenai ikan keli (pembiakan, pemasaran, pengurusan, pembelian) dengan cara yang mudah dan cepat. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti keperluan mereka yang terlibat dengan industri ikan keli di Malaysia khususnya yang berkait dengan aplikasi elektronik. Memandangkan kebanyakan penternak ikan keli, pembekal dan pelanggan kini telah celik ICT dan mereka menggunakan peranti komputer berinternet secara meluas, maka pasaran elektronik dicadangkan menjadi medium interaksi bagi industri ini. Kaedah kajian melibatkan pembentukan teori dan analisis kajian kes. Pendekatan Kitaran Hayat Reka Bentuk Web Portal Berpusatkan Pengguna (UCWPDL) dan penambahbaikan dengan menerapkan konsep nilai cipta-sama (Sains Perkhidmatan) yang mengadaptasi Model Payne dalam kitaran reka bentuk pasaran elektronik telah digunakan sebagai metodologi kajian. Maklumat mengenai keperluan industri akan dikumpul melalui kajian kesusasteraan, tinjuan industri, kaji selidik dan juga sesi temubual. Tinjauan kesusasteraan menunjukkan kerangka kerja reka bentuk pasaran elektronik sedia ada tidak mengambilkira aspek cipta-sama. Aspek cipta sama di sini bermaksud pengguna merupakan sumber dan juga pereka bentuk bersama pasaran elektronik yang dibangunkan. Ini penting supaya pasaran elektronik tersebut mempunyai nilai yang diperlukan pengguna. Penerapan aspek cipta sama dalam kerangka kerja akan menghasilkan kerangka kerja baru bagi reka bentuk pasaran elektronik khususnya untuk industri ikan keli. Kerangka kerja yang dicadangkan dibuktikan selanjutnya melalui pembangunan prototaip berasaskan web portal pasaran elektronik. Di antara fitur pasaran elektronik ini adalah pusat maklumat sehenti, katalog elektronik dan maklumat terkini seperti yang diperlukan oleh pengguna. Kerangka kerja nilai cipta-sama yang mempunyai tahap penglibatan pengguna yang tinggi ini adalah berfaedah dalam memenuhi kehendak pengguna terhadap sesuatu pembangunan sistem.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
dc.rightsUKM
dc.subjectKunci kuantum
dc.subjectQuantum computing
dc.titleSistem perkongsian kunci kuantum berasaskan protokol dua hala dan kaedah keadaan satu umpanan
dc.typetheses
dc.format.pages80
dc.identifier.callnoQA76.889.M835 2014 3 tesis
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75256+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.