Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464231
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Yusri Abd Rahman, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNorhaizam Mustaffa (P93166)-
dc.date.accessioned2023-09-26T06:49:35Z-
dc.date.available2023-09-26T06:49:35Z-
dc.date.issued2019-07-09-
dc.identifier.otherukmvital:120817-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464231-
dc.descriptionKajian ini berkaitan dengan penggunaan filem grafin oksida terturun-argentum komposit (Ag-rGO) sebagai elektrod lawan dalam sel suria terpeka pewarna (DSSC). Kesan kandungan argentum dari segi kepekatan argentum nitrat (AgNO3), suhu sepuh lindap dan bilangan lapisan penyalutan putar Ag-rGO terhadap sifat-sifat filem AgrGO dan parameter prestasi peranti telah dikaji. Grafin oksida (GO) disediakan melalui kaedah Hummer terubahsuai dan diikuti oleh proses penurunan GO melalui ultrasonik dan penambahan AgNO3 pada kepekatan yang berbeza. Kemudian, larutan Ag-rGO disalut putar di atas substrat kaca untuk menghasilkan filem Ag-rGO. Skop kajian yang pertama iaitu kesan kandungan argentum dari segi kepekatan AgNO3 menunjukkan sampel dengan 0.20 M AgNO3 masing-masing menghasilkan ketumpatan arus litar pintas (Jsc) dan kecekapan (η) yang tertinggi iaitu 2.583 mA cm-2 dan 0.428 %. Hal ini disebabkan oleh peranti ini memiliki rintangan pemindahan cas di antara muka elektrolit/elektrod lawan Ag-rGO yang paling rendah. Jsc meningkat dengan kepekatan AgNO3 sehingga kepekatan optimum 0.2 M. Seterusnya, XRD menunjukkan bahawa sampel bersifat hablur dengan kewujudan fasa GO dan fasa argentum. Sampel terdiri daripada kawasan konduktif dan tidak konduktif masingmasing diwakili oleh jalur putih dan kawasan gelap. Penghantaran optik dilihat berubah dengan kepekatan AgNO3. Skop kajian yang kedua iaitu pengaruh suhu sepuh lindap menunjukkan DSSC menggunakan Ag-rGO dengan suhu sepuh lindap 350 °C menghasilkan η yang paling tinggi iaitu 1.302 %, disebabkan oleh rintangan pemindahan cas di antara muka elektrolit/elektrod lawan Ag-rGO yang paling rendah. Proses sepuh lindap ke atas elektrod lawan Ag-rGO telah meningkatkan kecekapan peranti DSSC. Ujian kestabilan prestasi dan ujian kestabilan elektrokimia membuktikan bahawa DSSC berasaskan elektrod lawan Ag-rGO boleh bertahan dalam masa satu minggu. Skop kajian yang ketiga pula, pengaruh bilangan lapisan penyalutan putar Ag-rGO masing-masing menghasilkan Jsc dan η yang paling tinggi iaitu 4.404 mA cm-2 dan 0.840 %, disebabkan oleh rintangan pemindahan cas di antara muka elektrolit/elektrod lawan Ag-rGO yang paling rendah. Berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi, didapati grafin oksida terturun-argentum komposit mempunyai potensi menggantikan platinum yang mahal sebagai elektrod lawan dalam sel suria terpeka pewarna berskala besar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDye-sensitized solar cells-
dc.subjectElectrodes-
dc.subjectGraphene-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSel suria terpeka pewarna menggunakan filem grafin oksida terturun-argentum komposit sebagai elektrod lawan-
dc.typetheses-
dc.format.pages91-
dc.identifier.callnoTK2963.D94N637 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005384(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120817+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
645.96 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.