Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464230
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAkrajas Ali Umar, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAidhia Rahmi (UKM) (P51371)-
dc.date.accessioned2023-09-26T06:49:35Z-
dc.date.available2023-09-26T06:49:35Z-
dc.date.issued2012-07-23-
dc.identifier.otherukmvital:120191-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464230-
dc.descriptionTesis ini melaporkan kajian sintesis nanotripod kuantum heterostruktur kadmium selenida-kadmium telurida (CdSe-CdTe) dan kesan penambahannya ke atas prestasi sel suria hibrida organik dengan struktur ITO|PEDOT:PSS)|P3HT:PCBM:CdSe-CdTe|Al). Nanotripod CdSe-CdTe disediakan melalui kaedah pembenihan dan penumbuhan berbantukan surfaktan trioktil-n-fosfin oksida (TOPO) dan asid oleik menggunakan proses dekomposisi terma molekul perintis. Benih yang terdiri dari bintik kuantum CdSe disediakan dengan menyuntikkan larutan trioktil fosfin selenida (TOPSe) ke dalam sebuah kelalang leher tiga yang mengandungi perintis kadmium, iaitu campuran pelarut 1-oktadesen, kadmium asetat dihidrat, TOPO dan asid oleik. Bintik kuantum CdSe dengan diameter antara 2 nm hingga 5 nm disediakan dengan memvariasikan masa pertumbuhan antara 30 saat hingga 5 minit. Nanotripod ditumbuhkan dengan menyuntikkan larutan trioktil fosfin telurida (TOPTe) dan larutan benih CdSe secara serentak ke dalam perintis kadmium. Nanotripod dengan panjang lengan antara 10 nm hingga 13 nm disediakan dengan memvariasikan masa pertumbuhan antara 30 saat hingga 15 minit. Reaksi penumbuhan benih dan penumbuhan nanotripod dilakukan pada suhu 350oC. Peranti sel suria organik berstrukturkan ITO|PEDOT:PSS|P3HT:PCBM|Al telah difabrikasi dan kesan penambahan nanotripod ke dalam peranti tersebut telah dikaji. Sel suria organik asal menjana ketumpatan arus (Jsc) dan voltan litar terbuka (Voc) masing-masing setinggi 0.24 mA/cm2 dan 0.38 V apabila disinari oleh sinaran lampu AM 1.5 M dengan keamatan 80 mW/cm2. Didapati bahawa, prestasi sel suria asal dapat ditingkatkan secara signifikan apabila nanotripod ditambahkan ke dalam peranti. Nanotripod dengan panjang lengan 10 nm dan penambahan setinggi 10 % isipadu ke dalam peranti mempamerkan prestasi yang paling tinggi dengan menjanakan Jsc dan Voc masing-masing setinggi 3.8 mA/cm2 dan 0.56 V, dengan kata lain meningkatkan kecekapan peranti setinggi 28 kali lebih besar dari pada sel suria organik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSolar cells-
dc.subjectThin films-
dc.subjectThin film devices-
dc.subjectPhotovoltaic cells -- Materials-
dc.subjectUniversiti IKebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSel suria filem nipis hibrida bahan organik dan nanotripod kuantum heterostruktur kadmium selenida-kadmium telurida (CdSe-CdTe)-
dc.typetheses-
dc.format.pages139-
dc.identifier.callnoQC715.4.A384 2012 3 tesis-
dc.identifier.barcode002622 (2012)-
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120191+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
296.38 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.