Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464217
Title: | Kesepaduan ilmu naqli dan aqli dalam pendidikan STEM: kajian status dan faktor keberadaan nilai Islam dalam kursus STEM di Universiti Kebangsaan Malaysia |
Authors: | Aulia Rahman Zulkarnaini (P74256) |
Supervisor: | Mohd Yusof Haji Othman, Prof. Dato’ Dr. |
Keywords: | Science -- Study and teaching (Higher) -- Malaysia Technology -- Study and teaching (Higher) -- Malaysia Islamic education -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Jun-2019 |
Description: | Kesepaduan ilmu naqli dan aqli dalam pendidikan STEM memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha melahirkan modal insan holistik. Kesepaduan ilmu ini dapat dilakukan melalui penerapan nilai Islam dalam kursus STEM. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji status dan faktor keberadaan atau ketiadaan nilai Islam dalam kursus STEM di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah Perbincangan Kumpulan Fokus dan analisis dokumen. Analisis dokumen dijalankan terhadap buku panduan prasiswazah bagi fakulti yang terlibat di dalam bidang STEM menunjukkan hanya 5 buah kursus (1.0%) sahaja yang mempunyai kesepaduan sempurna dan 61 (12.8%) kursus mempunyai kesepaduan separa. Manakala hasil perbincangan kumpulan fokus (FGD) mendapati bahawa para informan mempunyai kefahaman yang berbeza-beza mengenai nilai Islam. Hasil analisis juga mendapati faktor keberadaan atau ketiadaan nilai Islam dalam kursus STEM dapat dikelaskan kepada dua kumpulan utama iaitu universiti dan tenaga pengajar. Melalui hasil kajian, sebuah model konsep diusulkan terhadap kesepaduan ilmu naqli dan aqli dalam pendidikan STEM. Kajian ini berjaya mengisi jurang kajian lepas dengan memberikan maklumat mengenai kefahaman pensyarah terhadap nilai Islam dan statusnya dalam kursus STEM di UKM. Selain itu, model konsep yang dicadangkan dapat dijadikan rujukan kepada tenaga pengajar dalam usaha menerapkan nilai Islam dalam kursus STEM di UKM.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana |
Pages: | 139 |
Call Number: | Q183.4.M4.A938 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118261+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 17.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.