Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464215
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSyaidatun Nazirah Abu Zahrin, Dr.-
dc.contributor.authorNor Aina Mohd Yaakop (P78054)-
dc.date.accessioned2023-09-26T04:35:36Z-
dc.date.available2023-09-26T04:35:36Z-
dc.date.issued2019-08-15-
dc.identifier.otherukmvital:118259-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464215-
dc.descriptionDrama antara rancangan televisyen yang mampu menarik minat dan membentuk pemikiran serta mempengaruhi tingkah laku penonton. Drama juga boleh dijadikan medium penyampaian dakwah yang berkesan. Fenomena drama dakwah berunsur cinta Islamik mencetuskan satu era baru yang mampu memberi kesan yang mendalam kepada penonton terutama golongan remaja. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji nilai- nilai dalam drama dakwah yang dipersembahkan melalui drama cinta yang berunsur Islamik. Mengenal pasti kesan kefahaman cinta Islamik dalam drama dakwah terhadap remaja IPT dan mengenal pasti tahap kefahaman cinta yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah dalam drama berbentuk cinta Islamik. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu menganalisis dokumen dan temu bual semi-berstruktur. Kemudiannya ia disusuli kaedah kuantitatif mengunakan borang kaji selidik yang telah melibatkan 600 orang responden di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Awam berstatus Islamik (IPTA-i) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Hasil kajian mendapati responden lebih cenderung menerima tahap kefahaman cinta berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah iaitu mencapai min tertinggi (3.66). Nilai-nilai cinta Islamik dalam drama TV diiktiraf oleh responden menunjukkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka iaitu nilai min (3.12). Bagi kesan kefahaman drama dakwah terhadap remaja IPT memberi kesan positif kepada mereka dengan mencapai min (3.11). Secara keseluruhannya, nilai-nilai cinta Islamik dalam drama TV berjaya menarik dan mempengaruhi pemikiran, kefahaman dan memberi kesan dalam kehidupan mereka. Kesimpulannya nilai-nilai cinta Islamik dalam drama TV dapat disampaikan dengan lebih berkesan melalui gabungan kreativiti para penggiat seni dan perkongsian idea berkaitan ilmu agama daripada golongan agamawan. Hasil kajian ini menyumbang kepada perkembangan bidang psikologi dakwah dan psikologi cinta di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Peradaban Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMalays (Asian people) -- Malaysia -- Conduct of life-
dc.subjectMalay drama -- History and criticism-
dc.subjectTelevision plays -- History and criticism-
dc.subjectTelevision programs -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleNilai-nilai cinta Islamik dalam drama tv-
dc.typetheses-
dc.format.pages147-
dc.identifier.callnoPN1992.8.S4N647 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004582(2020)-
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118259+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
20.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.