Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464208
Title: Perancangan bandar dan pembangunan fizikal Bandar Baru Bangi dari perspektif perancangan bandar Ibn Khaldun
Authors: Nor Syafinaz Md Safar (P77307)
Supervisor: Shamsul Azhar Yahya, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
City planning -- Malaysia
Urbanization -- Malaysia
Urban ecology -- Malaysia
Issue Date: 13-Sep-2019
Description: Perancangan bandar adalah satu proses membina kerangka atau kaedah untuk mencapai matlamat pembangunan sesebuah kawasan yang menekankan kesejahteraan masyarakat, meningkatkan taraf dan nilai hidup yang sempurna, membangunkan sektor perindustrian, pertanian, dan pendidikan di samping memelihara alam sekitar. Sehubungan itu, dengan menggunakan teori, konsep dan prinsip tertentu, Ibn Khaldun telah menyediakan kriteria perancangan bandar dalam Mukadimah, bagi membantu pemerintah membangunkan sebuah bandar dengan tamadun yang gemilang. Pengkajian dijalankan di Bandar Baru Bangi kerana bandar terancang ini berhadapan dengan masalah pembangunan dari sudut pembangunan fizikalnya. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti prinsip-prinsip perancangan bandar oleh Ibn Khaldun dalam Mukadimah, menghurai perancangan bandar dan pembangunan fizikal Bandar Baru Bangi dari tahun 1986 sehingga tahun 2018 dan menganalisis hubungan antara pinsip perancangan bandar menurut Ibn Khaldun dengan perancangan dan pembangunan fizikal Bandar Baru Bangi . Kajian kualitatif dijalankan dengan menggunakan sumber data primer dan sekunder. Data primer diperolehi daripada buku Mukadimah, laporan dokumen Rancangan Tempatan, temubual, dan pemerhatian ke atas kawasan kajian. Analisis kandungan terhadap sumber data sekunder dijalankan bagi mengesahkan hasil dapatan data primer. Hasil kajian mendapati bahawa ketujuh-tujuh prinsip perancangan bandar oleh Ibn Khaldun boleh disuai padankan dengan Garis Panduan Perancangan Pusat Siber Bandar Baru Bangi oleh MPKj. Prinsip perancangan itu adalah rumah harus dibina dalam kawasan bertembok, bandar dibina di kawasan yang strategik, menjaga atmosfera bandar daripada pencemaran udara, bandar dibina berhampiran dengan sebatang sungai atau punca air yang bersih dan mengalir, mempunyai padang rumput yang baik untuk binatang ternakan, mewujudkan tanah lapang yang boleh digunakan untuk bercucuk tanam, dan lokasi bandar yang berdekatan dengan hutan dan laut. Kriteria perancangan bandar ini masih relevan untuk diterapkan dalam reka bentuk fizikal bandar kajian tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan lokasi, geografi, budaya dan masyarakat setempat.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Peradaban Islam
Pages: 178
Call Number: HT169.M35N647 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120921+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
29.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.