Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464088
Title: Pengaruh sistem kawalan pengurusan dan tanggungjawab organisasi ke atas prestasi pengurusan di institusi zakat, Malaysia
Authors: Namelfi Amran (ZP00470)
Supervisor: Sofiah Md Auzair, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Organizational effectiveness-Measurement.
Industrial management.
Industrial efficiency-Measurement.
Industrial productivity-Measurement.
Issue Date: 12-Apr-2012
Description: Kajian ini dilakukan untuk mengkaji penggunaan Sistem Kawalan Pengurusan (SKP) di Institusi Zakat. Tiga elemen SKP yang dikaji meliputi kawalan formal (tindakan & output) dan kawalan tidak formal (kakitangan). Kerangka kerja ini juga mengiktiraf tanggungjawab organisasi khususnya tanggungjawab afektif dan normatif sebagai faktor kontingen yang dikaitkan dengan pemilihan SKP oleh organisasi. Kajian mencadangkan tanggungjawab organisasi akan memoderatkan hubungan antara SKP dan prestasi pengurusan. Objektif kajian ini adalah 1) mengkaji hubungan antara elemen kawalan pengurusan dengan prestasi pengurusan di Institusi Zakat dan 2) mengkaji kesan pemoderat tanggungjawab organisasi ke atas hubungan antara elemen kawalan pengurusan dengan prestasi pengurusan. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, soal selidik diagihkan kepada pengurus pertengahan Institusi Zakat di Malaysia. Data-data telah di analisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 18.0. Berdasarkan 133 maklumbalas dari responden dan dengan menjalankan analisis regresi berganda, hasil penemuan kajian menunjukkan elemen kawalan formal (tindakan & output) dan kawalan tidak formal (kakitangan) berhubungan positif dengan prestasi pengurusan. Dengan menggunakan analisis regresi pemoderat, hasil kajian menemui hanya tanggungjawab organisasi normatif memoderatkan hubungan antara kawalan kakitangan dan prestasi pengurusan. Komponen tanggungjawab organisasi afektif pula didapati tidak memoderatkan hubungan antara kawalan tindakan & output dan prestasi pengurusan. Penemuan kajian dijangka memberi sumbangan tentang peranan kawalan tidak formal (kawalan kakitangan) kepada karya SKP yang melibatkan organisasi bukan untung berorientasikan keagamaan di Malaysia.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 98
Call Number: HD58.9.N339 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120461+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
690.47 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.