Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464081
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorProf. Dr. Takiah Mohd Iskandar
dc.contributor.authorYati binti Md. Lasa
dc.date.accessioned2023-09-26T03:08:59Z-
dc.date.available2023-09-26T03:08:59Z-
dc.date.issued2011-05-27
dc.identifier.otherukmvital:114886
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464081-
dc.descriptionPenubuhan bahagian audit dalaman organisasi sektor awam di Malaysia telah dikuatkuasakan melalui beberapa peraturan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan. Audit dalaman berperanan sebagai mekanisme pemantauan bagi memastikan organisasi sektor awam melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan. Bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara Malaysia sering membangkitkan pelbagai isu dan kelemahan berhubung dengan pengurusan kewangan sektor awam. Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang keberkesanan peranan audit dalaman memantau pengurusan kewangan bagi organisasi berkenaan. Namun, belum ada kajian yang dijalankan bagi menilai hubungan keberkesanan audit dalaman dengan prestasi pengurusan kewangan. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan fungsi audit dalaman berhubung dengan pre stasi pengurusan kewangan sektor awam Malaysia. Sebanyak 80 bahagian audit dalaman organisasi sektor awam Malaysia telah dipilih sebagai sampel. Prestasi pengurusan kewangan diukur berasaskan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara. Beberapa faktor yang dijangka mempengaruhi keberkesanan audit dalaman memantau prestasi pengurusan kewangan telah dikenalpasti. Faktor tersebut termasuk kompetensi dan kebebasan juruaudit dalaman, keutamaan terhadap kawalan dalaman, saiz audit dalaman, kerjasama jawatankuasa audit dan sokongan pengurusan atasan. Hasil analisis regresi ordinal menunjukkan bahawa kompetensi juruaudit dalaman, saiz audit dalaman dan kerjasama jawatankuasa audit mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan prestasi pengurusan kewangan. lni bermakna bahawa keberkesanan audit dalaman dipengaruhi oleh kepakaran juruaudit dalaman melaksanakan kerja dan saiz audit dalaman serta kerjasama yang diberikan oleh jawatankuasa audit organisasi berkenaan. Semakin tinggi keberkesanan audit dalaman semakin baik kemampuan audit dalaman menyumbang kepada peningkatan prestasi pengurusan kewangan organisasi sektor awam. Keberkesanan audit dalaman didapati tidak bergantung pada kebebasan juruaudit dalaman, keutamaan kerja audit terhadap kawalan dalaman dan sokongan pengurusan atasan. Penemuan kajian ini menyumbang kepada penggubal dasar kerajaan berkaitan untuk meningkatkan kompetensi juruaudit dalaman melalui program latihan dan seminar, memastikan bilangan juruaudit dalaman mencukupi sesuai dengan operasi 'organisasinya dan memastikan peranan jawatankuasa audit yang berkesan.,Sarjana Perakaunan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationGraduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan
dc.rightsUKM
dc.subjectKeberkesanan audit dalaman
dc.subjectKajian prestasi pengurusan kewangan
dc.subjectSektor awam di Malaysia
dc.subjectAuditing
dc.subjectInternal -- Malaysia
dc.titleKeberkesanan audit dalaman : kajian prestasi pengurusan kewangan sektor awam di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages126
dc.identifier.callnoHF5616.M4.Y347 2011tesis
dc.identifier.barcode002466(2011)
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114886+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.