Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464079
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzlina Ahmad, Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Arifai (ZP00121)
dc.date.accessioned2023-09-26T03:08:58Z-
dc.date.available2023-09-26T03:08:58Z-
dc.date.issued2012-09-21
dc.identifier.otherukmvital:114638
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464079-
dc.descriptionPemilikan keluarga merupakan salah satu struktur pemilikan korporat utama di Asia dan lazim ditemui di banyak negara di serata dunia. Sistem dua lembaga yang di amalkan oleh firma di Indonesia memberi ruang yang lebih luas kepada pemegang saham majoriti untuk melibatkan ahli keluarga dalam lembaga firma yang boleh menjejas kepentingan pemegang saham minoriti dan meningkatkan asimetri maklumat. Kajian ini melihat pengaruh pemilikan keluarga ke atas prestasi firma, dengan membezakan kesan pemilikan dan kesan penglibatan keluarga dalam syarikat tersenarai di Bursa Saham Indonesia. Pemilikan keluarga diukur berdasarkan pegangan ekuiti keluarga dalam firma dan penglibatan keluarga dalam lembaga pengawasan, lembaga pengurusan dan dalam kedua-dua lembaga. Prestasi firma diukur berdasarkan pendekatan Koefisien Nilai Tambah Intelek yang mewakili kecekapan penggunaan modal, kecekapan modal insan dan kecekapan penggunaan modal struktural. Data dikutip untuk tempoh tiga tahun dari tahun 2007-2009 bagi 155 syarikat yang dikenalpasti mempunyai pemilikan keluarga. Analisis data panel berdasarkan pendekatan Kaedah Kesan Rawak dilakukan bagi menguji hipotesis kajian dengan mengawal pengaruh saiz firma, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, saiz lembaga pengawasan dan saiz lembaga pengurusan, penglibatan ahli lembaga pengawasan dalam jawatankuasa audit dan pengaruh industri serta tahun. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pemilikan keluarga mempunyai pengaruh positif terhadap prestasi firma manakala penglibatan keluarga dalam lembaga firma mencatatkan keputusan yang bercampur-campur, di mana penglibatan keluarga dalam lembaga pengawasan mempunyai pengaruh positif tetapi tidak signifikan, penglibatan keluarga dalam lembaga pengurusan menunjukkan pengaruh yang negatif manakala penglibatan keluarga dalam kedua-dua lembaga mencatatkan pengaruh yang positif terhadap prestasi firma. Ini menunjukkan tahap penglibatan keluarga dalam sistem dua lembaga yang berasingan mempunyai pengaruh yang berbeza terhadap prestasi firma. Data kajian menunjukkan bahawa keluarga mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menempatkan wakil dalam kedua-dua lembaga berbanding wakil dalam lembaga pengawasan sahaja atau wakil dalam lembaga pengurusan sahaja. Penemuan kajian mencadangkan bahawa penglibatan dalam kedua-dua lembaga menyeimbangkan fungsi pengawasan dan pengurusan serta menghasilkan pemantauan yang lebih berkesan ke atas pengurusan firma.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Perakaunan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationGraduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan
dc.rightsUKM
dc.subjectFamily-owned business enterprises -- Indonesia
dc.subjectFamily corporations -- Indonesia
dc.subjectCorporations -- Performances
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengaruh struktur pemilikan keluarga, pengawasan dan pengurusan dalam sistem dua lembaga terhadap pretasi firma: bukti dari firma tersenarai di Indonesia
dc.typetheses
dc.format.pages172
dc.identifier.callnoHD62.25.M844 2012 tesis
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114638+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.