Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463992
Title: | Penyelesaian pertikaian dalam talian e-dagang |
Authors: | Abdul Rahim (P37672) |
Supervisor: | Zinatul Ashiqin Zainol, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Electronic commerce |
Issue Date: | 22-Mar-2012 |
Description: | Kajian ini membincangkan bentuk-bentuk penyelesaian pertikaian dalam talian yang dapat digunakan dalam menyelesaikan pertikaian e-dagang dengan membandingkan kesesuaian dan keterjangkauannya bagi pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian edagang. Didapati bahawa tidak semua bentuk penyelesaian pertikaian dalam talian sesuai untuk semua jenis pertikaian dalam talian. Dengan itu diperlukan cara yang dapat menyelesaikan pertikaian dalam talian dengan efektif, murah dan pantas. Metodologi yang diguna pakai adalah penyelidikan undang-undang yang bersifat juridis normatif dengan membandingkan keunggulan dan kekurangan bentuk-bentuk penyelesaian pertikaian dalam talian yang sedia ada. Meski pun terdapat beberapa kekurangan dalam pelaksanaan penyelesaian pertikaian dalam talian ini, namun secara umum penyelesaian pertikaian dalam talian dapat diterima oleh masyarakat antarabangsa asalkan dilakukan penambahbaikan di segala bidang. Oleh itu, perlu dirumuskan konsep penyelesaian pertikaian dalam talian yang dapat digunakan oleh orang ramai di seluruh dunia dengan memperhatikan beberapa komponen asas dalam penubuhan perkhidmatan penyelesaian pertikaian dalam talian iaitu, standard teknologi yang diguna pakai, format penyimpanan dokumen, sistem teknologi keselamatan, sistem pembayaran dalam talian, serta kerjasama para pihak yang terlibat dalam aktiviti e-dagang dan pertikaian dalam talian. Selain komponen asas ini diperlukan juga faktor-faktor lain sebagai penyokong untuk mengekalkan perkhidmatan penyelesaian pertikaian dalam talian ini seperti, aturan undang-undang yang mengikat di peringkat antarabangsa, perencanaan yang bersistematik dan bertahap, serta keselesaan pengguna dalam memanfaatkan teknologi penyelesaian pertikaian dalam talian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 195 |
Call Number: | C13.ABD 2012 2 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122921+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 360.19 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.