Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463986
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFaridah Jalil, Prof Datin Dr
dc.contributor.authorMufidah Mahfodz (P90190)
dc.date.accessioned2023-09-26T02:39:52Z-
dc.date.available2023-09-26T02:39:52Z-
dc.date.issued2020-06-23
dc.identifier.otherukmvital:122499
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463986-
dc.descriptionUndang-undang Pentadbiran di Malaysia menyediakan kaedah penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) iaitu jalan pintas untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai awam tanpa diberi peluang membela diri, iaitu unsur penting dalam prinsip Keadilan Asasi (“Natural Justice”). Proses ini bermula dengan laporan salah laku pegawai yang diangkat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku agensi pusat yang mengendalikan hal-ehwal sumber manusia pegawai awam Persekutuan, kes tersebut seterusnya diteliti oleh Jabatan Peguam Negara sebelum diangkat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menentukan sama ada dakwaan kes salahlaku pegawai awam tersebut telah menjejaskan kepentingan awam sehingga wajar untuk ditamatkan perkhidmatannya tanpa melalui prosedur tatatertib biasa. Pengecualian doktrin Keadilan Asasi dalam proses PDKA adalah berdasarkan proviso (b) Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti dan menganalisis konsep, peraturan-peraturan serta prosedur tetap kaedah penamatan PDKA. Seterusnya kajian ini menilai sama ada elemen-elemen Keadilan Asasi telah dilaksanakan dalam Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure/SOP) PDKA. Kajian ini juga mengemukakan penambahbaikan kaedah pelaksanaan PDKA yang mengimbangi kepentingan membela hak keadilan pegawai awam dan kepentingan awam dengan tujuan melindungi keselamatan negara. Kajian ini memilih pendekatan kualitatif dengan huraian berbentuk deskriptif dalam kebanyakan perbincangan yang berdasarkan kepada peruntukan peraturan dan dokumen SOP PDKA, selain pendedahan beberapa isu yang dibuat berdasarkan maklumat temubual dengan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab secara langsung mengendalikan PDKA dan pemerhatian ke atas dokumen-dokumen di lapangan bagi mengukuhkan dapatan hasil kajian. Hasil analisis ke atas SOP PDKA menunjukkan kedua-dua prinsip asas Keadilan Asasi; iaitu hak untuk didengari (“audi alteram partem”) dan hak tidak berat sebelah (“nemo judex in sua causa”) telah dipenuhi sebelum seseorang pegawai awam dibersarakan melalui PDKA. Bagaimanapun, perkara ini tidak pernah dihuraikan dalam mana-mana kes kajian semula kehakiman yang berbangkit mengenai prosedur PDKA kerana hakikatnya tiada syarat khusus yang perlu dipenuhi oleh pihak Kerajaan untuk melaksanakan PDKA. Dari aspek undang-undang, kuasa Kerajaan adalah mutlak untuk menentukan penamatan perkhidmatan seseorang pegawai awam melalui kaedah PDKA.,Sarjana Undang-Undang
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang
dc.rightsUKM
dc.subjectAdministrative Law--Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations
dc.subjectAcademic--Malaysia
dc.titleKajian pelaksanaan keadilan asasi: proses penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages177
dc.identifier.callnoC2 .MUF 2020 2 tesis
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122499+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.