Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463982
Title: Tatacara perbicaraan pesalah muda: kajian perundangan di Mahkamah Syariah di Malaysia
Authors: Mohd Abu Hassan Abdullah (P83739)
Supervisor: Ahmad Azam Mohd Shariff, Prof. Madya Dr.
Keywords: Juvenile justice
Administration of -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Mar-2018
Description: Senario pesalah muda dituduh di mahkamah syariah biasa berlaku di Malaysia. Sungguhpun begitu jumlahnya tidaklah sebanyak jumlah pertuduhan pesalah dewasa. Walau bagaimanapun ini senario ini masih perlu diselidiki berikutan beberapa isu yang timbul. Penyelidikan ini berpaksikan tiga objektif iaitu: untuk mengenal pasti definisi, tatacara perbicaraan serta hukuman yang melibatkan pesalah muda berdasarkan peruntukan undang-undang semasa; untuk menganalisis pemasalahan berkaitan definisi, tatacara perbicaraan dan hukuman pesalah muda di bawah undang-undang substantif dan undang-undang tatacara jenayah Syariah; dan untuk mencadangkan penambahbaikan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada berkaitan dengan definisi, tatacara perbicaraan dan hukuman pesalah muda. Penyelidikan ini berteraskan kajian perundangan tulen dengan menggunakan kaedah kualitatif. Penyelidik menggunakan kajian perpustakaan dan temu bual untuk mengumpul data. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan, analisis kritis dan pemerhatian. Penyelidik mendapati definisi dan had umur pesalah muda di bawah peruntukan undang-undang adalah terlalu umum serta kurang kemas. Di samping itu tidak wujud sebarang peruntukan undang-undang berkaitan tatacara perbicaraan khusus untuk pesalah muda. Dalam masa yang sama, pilihan berkaitan penghukuman terhadap pesalah muda di bawah peruntukan undang-undang juga amat terhad. Berdasarkan pernyataan masalah di atas, penyelidik memperolehi beberapa dapatan. Pertama, peruntukan undang-undang berkaitan definisi dan had umur pesalah muda perlu dipinda agar definisi dan had umur pesalah muda menjadi lebih khusus dan seragam. Kedua, peruntukan undang-undang berkaitan tatacara perbicaraan khusus untuk pesalah muda harus diwujudkan. Ketiga, mahkamah syariah, berdasarkan seksyen 128 enakmen tatacara jenayah Syariah, hanya menghadkan hukuman ke atas pesalah muda yang disabitkan kepada denda. Manakala bagi yang tidak mampu membayar denda, mahkamah memberikan teguran wajar ataupun mengenakan bon berkelakuan baik ke atas pesalah berkenaan. Justeru, penyelidikan ini mencadangkan agar seksyen 2 enakmen tatacara jenayah Syariah serta peruntukan undang-undang lain yang terbabit berkaitan definisi dan had umur pesalah muda harus dipinda dengan memilih satu had umur khusus berdasarkan konsep baligh, mumayyiz dan mukallaf. Peruntukan yang dimuktamadkan tersebut juga harus diselaraskan di seluruh negara. Dalam pada itu, peruntukan undang-undang berkaitan tatacara perbicaraan khusus untuk pesalah muda juga harus diwujudkan dalam enakmen tatacara jenayah Syariah. Tatacara perbicaraan pesalah muda yang baru itu harus merangkumi keseluruhan perbicaraan dari peringkat perangkaan pertuduhan sehinggalah ke peringkat penghukuman. Akhir sekali, penyelidikan mencadangkan agar seksyen 128 enakmen tatacara jenayah syariah berkaitan hukuman pesalah muda dipinda agar hukuman tidak hanya terhad kepada hukuman denda, teguran wajar dan bon berkelakuan baik semata-mata, malah turut meliputi hukuman penghantaran ke pusat pemulihan. Malah konsep penghantaran ke pusat pemulihan harus lebih berteraskan pemulihan dan bukannya hukuman.,Sarjana Undang-undang
Pages: 235
Call Number: C63.MOH 2018 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119803+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
969.52 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119803+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.