Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463978
Title: | Bidang kuasa dewan pengawas syariah dalam industri takaful di Indonesia |
Authors: | Bagas Heradhyaksa (P82125) |
Supervisor: | Ruzian Markom, Prof. Madya |
Keywords: | Insurance law (Islamic law) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 6-Aug-2018 |
Description: | Syarikat takaful pertama di Indonesia ialah PT. Syarikat Takaful Indonesia yang bermula pada tahun 1994. Berasaskan kepada data Otorias Jasa Keuangan Indonesia, sehingga kini terdapat 55 syarikat takaful di Indonesia. Undang-undang yang mengatur tentang takaful terdapat dalam Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 40 Tahun 2014 tentang insuran. Takaful juga diatur dalam regulasi lain seperti dalam Peraturan Pengawas Pasar Modal, Peraturan Menteri Keuangan dan Fatwa Majelis Ulama Indonesia. Walaupun industri takaful telah bermula pada tahun 1994, tetapi masih didapati banyak permasalahan dalam pengoperasian takaful di Indonesia. Antara yang jelas adalah ketiadaan undang-undang khusus yang mengawalselia takaful, bidang kuasa Dewan Pengawas Syariah yang terhad dan penjelasan yang belum wujud berkaitan dengan mekanisme pengawasan Dewan Pengawas Syariah. Objektif kajian secara umumnya mengkaji mengenai regulasi pelaksanaan kehendak pematuhan syariah di syarikat takaful. Metod penyelidikan kualitatif digunapakai untuk menganalisis data perpustakaan yang berkaitan dengan pematuhan syariah di syarikat takaful serta melaksanakan temubual dengan pihak yang berkaitan. Berasaskan hal tersebut, kajian ini mendapati bahawa regulasi takaful di Indonesia belum secara terperinci mengatur tentang bidang kuasa Dewan Pengawas Syariah sebagai pengawas prinsip syariah di syarikat takaful. Oleh itu, kajian ini mencadangkan penambahbaikan regulasi yang boleh menyokong pematuhan syariah.,Sarjana Undang-Undang |
Pages: | 109 |
Call Number: | C63.BAG 2018 2 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119793+Source01+Source01.1.PDF Restricted Access | 599.09 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_119793+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 997.6 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.