Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463968
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Anisah Che Ngah, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Nurfakhriyyah Mohamad Nan (P79317) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-26T02:39:44Z | - |
dc.date.available | 2023-09-26T02:39:44Z | - |
dc.date.issued | 2019-04-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119757 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463968 | - |
dc.description | Hak asasi manusia adalah merupakan suatu manifestasi kehormatan diri yang diberikan kepada semua manusia tanpa mengira gender, bangsa, status, agama dan darjat. Dari perspektif Islam, kehormatan diri manusia terutama terhadap pesakit wanita merangkumi maruah dan martabat yang menjadi perkara asas dalam maqasid al-syariah. Oleh itu dalam kajian ini, persoalannya ialah sama ada Kod Kelakuan Profesional 1987 sedia ada yang mengawal selia perlakuan doktor berupaya memastikan kehormatan pesakit wanita Islam terjamin dan dilindungi. Kod Kelakuan Profesional 1987 ini dilihat mempunyai lakuna dari aspek penjagaan kehormatan diri pesakit wanita Islam. Kehormatan adalah merujuk dari aspek aurat dan aspek mesra ibadah dan mesra wanita di mana didapati terdapat kelonggaran dalam kod sedia ada. Ia perlu diteliti bagi memastikan kod ini selaras dengan maqasid al-syariah. Metodologi dalam bentuk kajian kepustakaan berkaitan perundangan Islam, undang-undang tempatan dan antarabangsa serta temuramah bersama doktor perubatan telah dilakukan. Selain itu, kajian kes di Bahagian Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan temuramah terhadap pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta terpilih di Selangor iaitu Hospital Islam Az-Zahrah dan Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn telah dijalankan untuk melihat sejauh manakah kehormatan diri pesakit wanita Islam dilindungi. Dapatan kajian kes di Bahagian Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Kuala Lumpur menunjukkan bahawa Kod Kelakuan Profesional 1987 tidak lengkap dari aspek kehormatan diri pesakit wanita Islam dan elemen mesra ibadah dan mesra wanita yang mana perlu diterapkan dan dilakukan penambahbaikan. Pengkaji mencadangkan beberapa klausa baru dimasukkan di dalam kod berkaitan dengan kehormatan diri pesakit wanita Islam dan cadangan mewujudkan polisi di hospital awam berkenaan penjagaan aurat pesakit dan memastikan elemen mesra ibadah dan mesra wanita dapat dilaksanakan memandangkan belum ada polisi yang khusus diwujudkan.,Sarjana Undang-Undang | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Human rights | - |
dc.subject | Muslim women | - |
dc.title | Kehormatan diri pesakit wanita Islam : satu tinjauan menurut kod kelakuan profesional 1987 | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 77 | - |
dc.identifier.callno | C74.SIT 2019 2 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119757+Source01+Source01.1.PDF Restricted Access | 649.16 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_119757+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 946.96 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.