Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463936
Title: Analisa makna terorisme menurut perspektif perundangan Republik Indonesia
Authors: Hera Pratita Madyasti (P58498)
Supervisor: Rohani Abdul Rahim, Datin Paduka Dr.
Keywords: Terorisme
Republik Indonesia
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 27-Mar-2014
Description: Dunia menjadi sangat cemas bila berhadapan dengan masalah terorisme. Peristiwa “Black September” yang dimulai dengan rampasan dua buah kapal terbang awam oleh kumpulan teroris dan pelanggaran bangunan WTC serta markas tentera Amerika Syarikat di Pentagon merupakan titik penting dalam sejarah pembenterasan terorisme di peringkat antarabangsa. Di Republik Indonesia terjadi peristiwa pengeboman di Bali pada Oktober tahun 2001 yang mengakibatkan lebih daripada 200 kematian. Sebagai langkah menjaga keselamatan negara, Pemerintah Republik Indonesia menggubal Peraturan Pemerintah Pengganti Undang-Undang Republik Indonesia nomer 1 tahun 2002 yang kemudian disahkan dan membentuk Undang-Undang no 15 tahun 2003. Meskipun sudah ada peraturan yang mentadbir tentang terorisme, permasalahan mengenai apakah makna sebenar “terorisme” belum juga dapat dijelaskan dengan tepat. Kini, di peringkat antarabangsa pun belum ada satu kesepakatan mengenai makna sebenar “terorisme”. Dengan itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis makna sebenar “terorisme” menurut perspektif perundangan Indonesia serta keselarasannya dengan makna undang-undang antarabangsa serta mengkaji aplikasi makna itu dalam pelaksanaan perundangan terorisme di Republik Indonesia. Kajian ini mengguna kaedah kajian perundangan dengan menganalisa sejarah dan meninjau aspek ini dalam konteks antarabangsa. Kaedah analisis terperinci dilakukan kepada tafsiran Perundangan Terorisme Indonesia. Kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Agung dianalisis dalam mencari makna dan aplikasi perundangan berkenaan menurut kefahaman pelaksanan dan penguat kuasa perundangan Indonesia. Penemuan daripada kajian ini ialah terorisme telah berlaku dari zaman sebelum Perang Dunia pertama hingga sekarang dan terus mengalami perubahan makna, sehingga tidak ada takrifan makna terorisme yang disepakati secara sejagat. Namun yang dapat dikenal pasti hanya elemen-elemen terorisme. Terorisme juga merupakan jenayah luar biasa (extraordianary crime) namun ia berbeza dengan jenayah kemanusiaan yang berlaku semasa peperangan. Di Republik Indonesia jenayah terorisme diperuntukkan dalam UU no 15 tahun 2003. Ia dibezakan daripada jenayah politik. Seseorang dapat disabitkan dalam jenayah terorisme jika orang tersebut melakukan tindakan persiapan sehingga tindakan terorisme dilakukan. Liabiliti terorisme boleh bersifat perlakuan individu atau boleh bersifat korporat. Dengan itu, boleh di simpulkan bahawa pemaknaan terorisme menurut perundangan Republik Indonesia melibatkan suatu tindakan yang boleh menimbulkan ketakutan kepada orang awam yang tidak berdosa sama ada dilakukan secara induvidu atau korporat bagi menyampaikan sesuatu tuntutan tertentu.,The World become extremely worried when faced with terrorism problems. The Black September" incident that began with the confiscation of two civil aircraft by terrorist groups and destructions of the World Trade Centre building as well as the headquarters of the U.S. Army at the Pentagon is a pivotal point in the history on the prevention of terrorism at the international level. The Bali bombings incident that occurred in October 2001 resulted in more than 200 death. As the country security measure
Pages: 126
Call Number: C74.HER 2014 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80417+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.