Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463797
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahrul Hisham Zainal Ariffin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Da'in Yazid (P43935)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:38:50Z-
dc.date.available2023-09-25T09:38:50Z-
dc.date.issued2012-09-27-
dc.identifier.otherukmvital:114483-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463797-
dc.descriptionPentransbezaan merupakan keupayaan unik yang berlaku pada sel stem dewasa. Namun, keupayaan terhadap pembezaan sel stem kepada sel matang yang bukan dari asalannya (lineage) ini masih menjadi persoalan di kalangan penyelidik sehingga kini. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis populasi sel stem hematopoietik ampaian yang dibezakan kepada sel osteoblas iaitu sel matang yang bukan daripada asalannya. Sel mononukleus telah dipencilkan dari sistem darah periferi mencit melalui pendekatan pengemparan mengikut kecerunan ketumpatan menggunakan Ficoll-Paque™ Plus. Ia dikultur secara in vitro dalam medium lengkap yang terdiri daripada media α-MEM, serum anak lembu dan penisilin/streptomisin selama 14 hari bagi mengasingkan sel mengikut jenis (ampaian dan melekat) dan melihat keupayaan sel-sel tersebut berproliferasi menggunakan kaedah tripan biru. Kaedah transkripsi berbalik-tindak balas rantaian polimerase (RT-PCR) telah digunakan bagi mengenalpasti jenis sel-sel tersebut melalui pengesanan gen-gen penanda sel stem serta analisis kapasiti pembezaan sel. Pembezaan osteoblas daripada sel ampaian mononukleus pula dilakukan selama 14 hari dengan mengkultur sel tersebut di dalam medium pembezaan osteoblas. Analisis biokimia melalui pengasaian enzim alkali fosfatase (ALP) dan enzim asid fosfatase rintang tartrat (TRAP) serta pengekspresan penanda biologi molekul, morfologi menggunakan teknik perwarnaan von Kossa dan aktiviti sel osteoblas menggunakan cakera osteologi telah digunakan bagi menentukan perkembangan sel ampaian mononukleus kepada sel osteoblas. Hasil pemencilan sel menunjukkan sel mononukleus terdiri daripada 2 jenis sel iaitu sel ampaian dan sel melekat, serta berupaya berproliferasi secara in vitro. Analisis melibatkan penanda molekul pada sel ampaian menunjukkan kehadiran gen/protein permukaan sel iaitu Sca-1+, Cd38+, Cd73-, Cd105- serta berlaku peningkatan pengekspresan gen Trap dan penurunan pengekspresan gen Cd38 apabila dibezakan kepada sel osteoklas matang. Sel melekat pula menunjukkan kehadiran gen/protein permukaan sel iaitu Sca-1-, Cd38-, Cd73+, Cd105+ serta berlaku peningkatan pengekspresan gen Opn dan penurunan pengekspresan gen Cd105 apabila dibezakan kepada sel osteoblas matang. Sel ampaian ini juga menunjukkan kehadiran gen/protein permukaan sel Cbfa-1- dan Ostf-1- di mana masing-masing merupakan gen penanda bagi sel progenitor osteoblas dan osteoklas. Analisis biokimia menunjukkan bahawa aktiviti spesifik enzim ALP meningkat ~12 kali ganda secara signifikan (p<0.05) sepanjang 14 hari pembezaan osteoblas berbanding kawalan. Analisis molekul pula menunjukkan pengekspresan gen penanda osteoblas iaitu Opn, Ocn dan Alp pada hari ke-14 pembezaan osteoblas. Pemerhatian morfologi dan aktiviti sel pada cakera osteologi menunjukkan kehadiran nodul-nodul berkalsium berwarna coklat kehitaman pada sel ampaian mononukleus bermula pada hari ke-7 hingga 14 semasa pembezaan osteoblas. Kedua-dua kawalan iaitu pembezaan sel ampaian kepada sel osteoklas dan pembezaan sel titisan MC3T3-E1 kepada sel osteoblas masing-masing menunjukkan hasil yang positif iaitu membeza kepada sel matang yang berada dalam asalannya. Kesimpulannya, sel ampaian mononukleus merupakan populasi sel stem hematopoietik dan berkeupayaan untuk membeza kepada sel osteoblas iaitu sel yang bukan berada dalam asalannya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCell differentiation-
dc.subjectHematopoietic stem cells-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePentransbezaan sel stem hematopoietik sistem darah periferi Mus musculus-
dc.typetheses-
dc.format.pages154-
dc.identifier.callnoQH607.M834 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002296(2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114483+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
647.29 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.