Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463788
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJalifah Latip, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorChe Nurul Ain Nadirah Che Mansor (P80508)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:38:25Z-
dc.date.available2023-09-25T09:38:25Z-
dc.date.issued2019-08-29
dc.identifier.otherukmvital:111724
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463788-
dc.descriptionHerba Orthosiphon stamineus (pokok Misai Kucing) merupakan salah satu tumbuhan yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia untuk dibangunkan sebagai produk herba bermutu tinggi di bawah Program Transformasi Ekonomi yang berteraskan bidang ekonomi utama (NKEA). Sehubungan itu, kajian saintifik perlu dilakukan bagi menentusahkan keselamatan dan keberkesanan produk herba berasaskan Misai Kucing yang hendak dikomersialkan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti dan mengkuantifikasi komposisi sebatian penanda kimia dalam ekstrak daun O. stamineus yang diperolehi menggunakan dua kaedah pengekstrakan yang berbeza. Sampel daun O. stamineus diekstrak secara berasingan menggunakan kaedah konvensional iaitu Soxhlet, refluks dan maserasi masing-masing dalam pelarut n-heksana, etanol, 75% etanol, 50% etanol dan air bagi mendapatkan sebatian penanda kimia iaitu asid rosmarinik (RA), 3'-hidroksi-5,6,7,4'-tetrametoksiflavon (TMF), sinensetin (SEN) dan eupatorin (EUP). Selain itu, kaedah pengekstrakan bendalir lampau genting (SFE) juga dijalankan menggunakan kombinasi karbon dioksida dan ko-pelarut (etanol, 75% dan 50% etanol). Komposisi sebatian penanda kimia dalam setiap ekstrak dianalisis menggunakan beberapa kaedah kromatografi iaitu kromatografi lapisan nipis (KLN) dan kromatografi cecair prestasi tinggi (KCPT). Seterusnya, kuantiti sebatian penanda kimia tersebut dalam setiap ekstrak ditentukan menggunakan kaedah KCPT analitikal yang dibangun dan disahkan berdasarkan garis panduan Persidangan Harmoni Antarabangsa. Setiap sebatian penanda kimia dan ekstrak kasar ditentukan keupayaan antioksidan masing-masing berbanding dengan sebatian antioksidan komersial Vitamin C dan hidroksi toluena terbutil (BHT) berasaskan aktiviti pemerangkapan radikal bebas 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil (DPPH). Keputusan kajian mendapati hasil ekstrak tertinggi diperolehi daripada pengektrakan SFE (20.5% ekstrak kasar/g sampel) berbanding kaedah refluks (19.8%), Soxhlet (17.2%) dan maserasi (14.0%). Bagi penggunaan pelarut yang berbeza kekutuban, hasil ekstrak tertinggi (37.1%) diperolehi dengan penggunaan 50% etanol sebagai ko-pelarut dalam kaedah SFE, diikuti dengan 75% etanol (29.9%) dan etanol (12.5%) daripada kaedah refluks, manakala kaedah SFE tanpa ko-pelarut memberikan peratus hasil terendah (8.5%). Penggunaan 75% etanol sebagai ko-pelarut dalam kaedah SFE berjaya mengekstrak keempat-empat sebatian penanda kimia sekaligus daripada daun O. stamineus di mana kandungan tertinggi sebatian RA, TMF, SEN dan EUP yang diperolehi masing-masing sebanyak 43.2, 0.5, 3.0 and 2.9 mg/g berat kering ekstrak. Sebatian RA dikenal pasti sebagai sebatian major dengan keupayaan antioksidan yang lebih baik daripada Vitamin C dan BHT. Ekstrak 75% etanol SFE yang mengandungi jumlah RA tertinggi juga mencatat keupayaan antioksidan yang tertinggi di mana terdapat korelasi di antara jumlah RA dalam ekstrak dengan keupayaan antioksidan. Maka, kaedah pengekstrakan SFE menggunakan 75% etanol sebagai ko-pelarut boleh dipertimbangkan untuk diaplikasi dalam langkah penyediaan ekstrak piawai O. stamineus berasaskan RA untuk tujuan komersial kerana RA berpotensi menjadi salah satu alternatif terbaik kepada antioksidan piawai di pasaran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectOrthosiphon stamineus
dc.subjectPokok misai kucing
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKomposisi sebatian penanda kimia dalam ekstrak daun Orthosiphon stamineus yang diperolehi melalui kaedah pengekstrakan konvensional dan bendalir lampau-genting
dc.typetheses
dc.format.pages123
dc.identifier.barcode004226(2019)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111724+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.