Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463787
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMahanem Mat Noor, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNur Amira Kamal Rudin (P88527)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:38:23Z-
dc.date.available2023-09-25T09:38:23Z-
dc.date.issued2019-08-07
dc.identifier.otherukmvital:111723
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463787-
dc.descriptionKetaksuburan dan kekurangan libido merupakan kesan sampingan yang sering dialami oleh pesakit lelaki diabetes. Rawatan oral penyakit diabetes pada masa kini tidak membaiki parameter kesuburan dan libido pesakit lelaki diabetes. Penggunaan herba seperti Moringa oleifera, atau lebih dikenali sebagai pokok kelor, telah lama diamalkan dalam perubatan tradisional untuk merawat diabetes melitus. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji potensi peningkat parameter kesuburan dan libido di samping menentusahkan kesan anti-hiperglisemia ekstrak akuas buah M. oleifera ke atas tikus jantan teraruh diabetes. Tikus jantan diaruh diabetes melalui suntikan intravena tunggal 50 mg/kg berat tubuh streptozotosin. Sebanyak 40 ekor tikus jantan Sprague Dawley dibahagikan sama rata kepada dua kumpulan utama; Kumpulan I (n=20) yang diberi perlakuan 14 hari berturut-turut dan Kumpulan II (n=20) yang diberi perlakuan 21 hari berturut-turut. Setiap kumpulan utama terdiri daripada kawalan normal (tanpa aruhan diabetes, n=5), kawalan negatif (diabetes tanpa perlakuan, n=5), kawalan positif (diabetes yang diberi perlakuan 500 mg/kg berat tubuh metformin, n=5), dan kumpulan perlakuan 500 mg/kg berat tubuh ekstrak akuas buah M. oleifera (n=5). Perlakuan diberikan secara suap paksa menggunakan gavaj pemakanan. Tikus dikorbankan selepas 14 hari (Kumpulan I) dan 21 hari (Kumpulan II) untuk analisis parameter kajian. Hasil kajian menunjukkan aras glukosa darah puasa kumpulan perlakuan M. oleifera berkurangan secara signifikan berbanding sebelum perlakuan pada kedua-dua tempoh kajian. Peningkatan yang signifikan terhadap kualiti sperma selepas 14 dan 21 hari perlakuan ditunjukkan oleh kumpulan perlakuan M. oleifera berbanding kawalan negatif dan positif. Testis kumpulan perlakuan M. oleifera menunjukkan kehadiran sperma yang padat serta sel spermatogenesis yang teratur berbanding kawalan negatif dan positif. Selain itu, aras testosteron kumpulan perlakuan M. oleifera didapati meningkat secara signifikan berbanding kawalan negatif dan positif. Melalui ujian libido, kumpulan perlakuan M. oleifera mencatatkan tempoh masa pemanjatan pertama yang terendah dan bilangan pemanjatan yang tertinggi berbanding kumpulan kawalan. Kajian proteomik sperma dijalankan untuk melihat profil protein sperma yang terkesan dengan perlakuan M. oleifera. Di kalangan protein yang dikesan melalui kajian proteomik sperma, 12 protein proses reproduktif dan sembilan protein lokomotif didapati meningkat dalam kumpulan perlakuan M. oleifera berbanding satu protein proses reproduktif dan empat protein lokomotif yang dikesan pada kumpulan kawalan negatif. Kesimpulannya, keseluruhan data menunjukkan potensi ekstrak akuas buah M. oleifera sebagai agen peningkat parameter kesuburan dan libido yang turut berupaya membaiki aras glukosa darah tikus jantan teraruh diabetes.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectPokok kelor
dc.subjectMoringa oleifera
dc.subjectProtein sperma
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan ekstrak akuas buah moringa oleifera ke atas parameter kesuburan dan libido serta profil protein sperma tikus jantan teraruh diabetes
dc.typetheses
dc.format.pages158
dc.identifier.barcode004225(2019)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111723+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.