Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463771
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Hannan Anuar, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Munirah Manap (P79431)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:37:43Z-
dc.date.available2023-09-25T09:37:43Z-
dc.date.issued2019-05-13-
dc.identifier.otherukmvital:110297-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463771-
dc.descriptionKajian ini adalah berkaitan dengan penyediaan dan pencirian elektrolit polimer pepejal (EPP) berasaskan polimer taut silang poli(propilena glikol) (PPG) dan poli(L-asid laktik) (PLLA) dengan penambahan etilena karbonat (EC) sebagai pemplastik dan litium perklorat (LiClO4) sebagai garam dopan. Agen gandingan poli(difenilmetana diisosianat) (PMDI) dan juga mangkin timah(II)2-etilheksanoat, Sn(Oct)2 turut digunakan dalam penyediaan EPP PPG-PLLA dengan 30 % bt. EC dan garam LiClO4. EPP PPG-PLLA dengan 30 % bt. EC dan garam LiClO4 ini disediakan melalui kaedah pengacuan larutan. Kesan penambahan garam LiClO4 telah dikaji ke atas interaksi kimia, kekonduksian ionik, sifat terma dan morfologi bagi EPP PPG-PLLA dengan 30 % bt. EC dan garam LiClO4. Filem EPP PPG-PLLA dengan 30 % bt. EC dan garam LiClO4 yang terhasil telah dicirikan dengan pelbagai teknik analisis seperti analisis infra-merah, analisis kekonduksian ionik, analisis pembelauan sinar-X, analisis termogravimetri dan analisis morfologi. Spektrum infra-merah menunjukkan kumpulan berfungsi karbonil (C=O) dan eter (C-O-C) mengalami perubahan pada puncak-puncak keamatan dan juga berlakunya anjakan nombor gelombang apabila garam LiClO4 ditambah ke dalam EPP PPG-PLLA dengan 30 % bt. EC dan garam LiClO4. Anjakan nombor gelombang daripada 1807 cm-1 kepada 1801 cm-1 adalah mewakili kumpulan berfungsi karbonil bagi EC manakala anjakan nombor gelombang daripada 1775 cm-1 kepada 1773 cm-1 pula mewakili kumpulan berfungsi karbonil bagi PLLA. Sementara itu anjakan nombor gelombang daripada 1071 cm-1 kepada 1067 cm-1 adalah mewakili kumpulan berfungsi eter. Keadaan ini mengesahkan berlakunya interaksi di antara ion litium dengan atom oksigen daripada PLLA, PPG serta EC. Analisis kekonduksian ionik menunjukkan EPP PPG-PLLA dengan 30 % bt. EC dan garam LiClO4 pada julat 0-30 % bt. LiClO4 mencapai nilai kekonduksian ionik optimum iaitu 4.57 x 10-5 S cm-1 pada 25 % bt. garam LiClO4 pada suhu bilik. Bagi kekonduksian ionik yang bersandar pada suhu, EPP PPG-PLLA dengan 30 % bt. EC dan 25 % bt. garam LiClO4 memberikan nilai kekonduksian ionik optimum pada suhu 95 °C iaitu 3.03 x 10-4 S cm-1. Analisis pembelauan sinar-X pula menunjukkan kehabluran EPP PPG-PLLA dengan 30 % bt. EC berkurang dengan penambahan garam LiClO4. Analisis termogravimetri mendapati EPP PPG-PLLA dengan 30 % bt. EC dan garam LiClO4 mengalami empat peringkat degradasi iaitu degradasi EC sekitar suhu 163°C, segmen PPG dan PMDI sekitar suhu 288°C, segmen PLLA sekitar suhu 339°C dan LiClO4 sekitar suhu 483°C. Pemeriksaan morfologi menunjukkan filem EPP dengan kekonduksian ionik yang lebih tinggi mempunyai permukaan yang lebih homogen. Semua keputusan ini menunjukkan EPP PPG-PLLA dengan EC dan garam LiClO4 berpotensi untuk digunakan sebagai elektrolit dalam peranti elektrokimia dengan beberapa penambahbaikan lagi.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPolimer-
dc.subjectGaram dopan-
dc.subjectLarutan-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSintesis dan pencirian elektrolit polimer pepejal polimer taut silang poli(propilena glikol/l-asid laktik) dengan litium perklorat-
dc.typetheses-
dc.format.pages86-
dc.identifier.barcode004133(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110297+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.