Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463739
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shamsul Khamis, Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Afiq Aizat Juhari (P59309) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:36:20Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:36:20Z | - |
dc.date.issued | 2018-09-20 | |
dc.identifier.other | ukmvital:106070 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463739 | - |
dc.description | Kajian telah dijalankan untuk menentukan komposisi tumbuhan, fiziko-kimia tanih dan kandungan karbon organik tanih di habitat Rafflesia di hutan di Mukim Hulu Dong, Raub, Pahang. Kawasan kajian yang terlibat adalah Hutan Lipur Lata Jarum dan Sungai Kenau. Kawasan kajian terletak pada kawasan hutan dipterokarpa tanah rendah dimana masalah pembukaan kawasan hutan sering berlaku. Kaedah yang digunakan ialah kaedah pembinaan plot yang berukuran 100 m x 10 m untuk setiap plot. Setiap plot telah dibahagikan kepada 10 subplot yang berukuran 10 m x 10 m. Sebanyak lima plot telah dibina untuk setiap kawasan. Semua pokok yang mempunyai diameter paras dada (dbh) 5cm atau lebih telah diukur ditanda dan dicam. Sampel tanih untuk setiap plot telah diambil dengan kedalaman 0-20 cm, 20-60 cm dan 60-100 cm untuk dianalisis. Hasil kajian mendapati terdapat 1403 dirian pokok (≥5cm dbh) di kawasan kajian. Di Hutan Lipur Lata Jarum terdapat 780 individu yang terdiri daripada 50 famili, 115 genus dan 166 spesies. Hasil kajian daripada Sungai Kenau pula merangkumi sebanyak 623 bilangan individu yang terdiri daripada 49 famili, 98 genus dan 136 spesies. Annonaceae merupakan famili paling dominan pada kedua-dua kawasan kajian manakala spesies yang paling dominan pada keseluruhan kawasan kajian pula ialah Saraca cauliflora (famili Leguminosea). Keluasan basal bagi famili kedua-dua kawasan kajian adalah dari famili Leguminosea, manakala bagi spesies pula, di Hutan Lipur Lata Jarum adalah Lagerstroemia ovalifolia dan di Sungai Kenau adalah Saraca cauliflora. Berdasarkan Indeks Keunggulan Spesies (Ivi), Saraca cauliflora merupakan spesies yang unggul di kedua-dua kawasan dengan 12.35 % di Hutan Lipur Lata Jarum manakala 11.43 % di Sungai Kenau. Indeks kepelbagaian spesies menunjukkan nilai indeks 4.599 di Hutan Lipur Lata Jarum dan 3.732 di Sungai Kenau, manakala Indeks kesamarataan spesies di Hutan Lipur Lata Jarum adalah 0.899 manakala di Sungai Kenau pula adalah 0.923, menunjukkan kepelbagaian spesies di kawasan kajian. Biojisim keseluruhan di Hutan Lipur Lata Jarum adalah 1982.75 tan/ha dan stok karbon adalah 991.37 tan/ha. Di Sungai Kenau pula, biojisim keseluruhan kajian adalah 749.40 tan/ha manakala stok karbon adalah 374.70 tan/ha. Analisis tanih menunjukkan kawasan kajian mempunyai tekstur loam lempung berpasir yang didominasi oleh pasir dan menunjukkan tanih berasid. Nilai kekonduksian elektrik dan KPK adalah rendah. Kandungan nutrien tersedia yang tertinggi adalah dari kalium (K+), diikuti oleh magnesium (Mg2+) dan fosforus (P) di kedua-dua kawasan kajian. Pengambilan kalium oleh tumbuhan adalah lebih cepat pada pH neutral. Analisis Kesepadanan Kolonikal (CCA) menunjukkan korelasi di antara spesies dengan persekitaran yang tinggi. Rajah ordinasi CCA bagi komuniti pokok dengan faktor tanih menunjukkan beberapa spesies pokok adalah berkait rapat dengan nilai pH tanih, bahan organik tanih, tekstur tanih, kandungan air segar tanih dan nutrient tersedia seperti Mg2+, K+ dan P.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Rafflesia | |
dc.subject | Soils -- Composition | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Komposisi tumbuhan, fiziko kimia tanih dan kandungan karbon organik tanih di habitat Rafflesia di hutan Mukim Hulu Dong, Raub, Pahang | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 197 | |
dc.identifier.callno | QK495.R15M833 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003768(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_106070+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 807.43 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.