Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463712
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Zainal, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNor Hanis Aifaa Yusoff (P85759)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:35:15Z-
dc.date.available2023-09-25T09:35:15Z-
dc.date.issued2018-08-17-
dc.identifier.otherukmvital:103240-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463712-
dc.descriptionBetik (Carica papaya L. cv. Sekaki) merupakan buah yang cepat rosak. Penyumbang utama terhadap perubahan lepas tuai ialah penyakit antraknos dan kemasakan yang cepat. Kemasakan yang cepat dikaitkan dengan kadar respirasi dan penghasilan etilena. Terdapat keperluan membangunkan teknologi selepas penuaian yang dianggap selamat dan mesra alam untuk mengawet hasilan segar. Dalam kajian ini, kesan formulasi salutan permukaan alginat yang boleh dimakan telah dikaji dan dioptimumkan untuk betik. Keberkesanan minyak pati Citrus hystrix, Azadirachta indica and Cymbopogon citratus diuji bagi mengawal pertumbuhan miselium Colletotrichum gloeosporioides. Eksperimen in vitro dijalankan dengan kepekatan minyak pati yang berbeza iaitu 1.8%, 2.2%, 2.6% dan 2.8% (v/v). Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan bererti (p ˂ 0.05) bagi perencatan pertumbuhan miselium dalam semua rawatan. Minyak pati Citrus hystrix pada kepekatan 2.6% adalah terbaik, mampu merencatkan pertumbuhan kulat C. gloeosporioides. Bagi menentukan kepekatan optimum, alginat dengan kepekatan berbeza iaitu 0.5%, 1% dan 2% (w/v) telah diuji ke atas betik Sekaki. Keputusan mendapati salutan permukaan alginat mampu melambatkan proses pemasakan, mengurangkan kehilangan berat, mengawal ketegaran, memperlahankan perubahan pada warna kulit, mengurangkan kadar keasidan tertitrat dan pepejal terlarut jumlah. Penilaian ini menunjukkan bahawa salutan permukaan alginat pada kepekatan 1% mempunyai potensi memanjangkan tempoh simpanan betik Sekaki yang disimpan pada suhu 13°C sehingga 3 minggu. Berdasarkan keputusan di atas, formulasi salutan permukaan yang baru telah dibangunkan. Semua buah yang dirawat dinilai berdasarkan ciri fiziko-kimia, biokimia dan pengekspresan gen poligalakturonase (cpPG) dan β-galaktosidase (cpBG)). Hasilnya, buah yang dirawat dengan formulasi mampu melambatkan proses pemasakan betik Sekaki. Kadar kehilangan berat, perubahan warna kulit, ketegaran dan penyakit betik Sekaki dirawat dengan formulasi salutan menunjukkan perbezaan bererti (p ˂ 0.05) yang terendah semasa penyimpanan. Pemerhatian ini disebabkan oleh ciri penghalang oleh salutan permukaan yang mampu mengawal penghasilan gas etilena serta mengurangkan kadar respirasi. Sementara itu, buah yang dirawat dengan formulasi salutan lebih tinggi kandungan tertitrat jumlah (KTJ) dan jumlah sebatian fenol dengan kadar pepejal terlarut jumlah (PTJ) terendah. Pengekspresan gen cpPG dan cpBG juga lebih rendah berbanding buah kawalan. Maka, ia boleh disimpulkan bahawa salutan boleh dimakan aktif yang mengandungi minyak pati mampu memanjangkan jangka hayat penyimpanan betik sehingga 4 minggu pada suhu 13°C. Berdasarkan kajian ini, satu formulasi baru salutan berjaya dibangunkan yang berpotensi untuk digunakan dalam industri pengeksportan buah-buahan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAlginates-
dc.titlePembangunan formulasi salutan permukaan alginat diperkaya dengan minyak pati bagi mengawal pemasakan betik var. Sekaki-
dc.typetheses-
dc.format.pages145-
dc.identifier.callnoQK898.A3N634 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003610(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103240+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.