Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463676
Title: Pengadunan lateks getah asli pemvulkanan sinaran/lateks pemvulkanan rendah nitrosamina untuk penyediaan sarung tangan getah asli
Authors: Pairu Ibrahim (P70560 )
Supervisor: Rusli Daik, Prof. Dr.
Keywords: Sarung tangan
Latex -- Synthetic
Issue Date: 9-Dec-2017
Description: Lateks pemvulkanan yang mempunyai sifat mekanikal yang memuaskan dan bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya merupakan lateks yang menjadi pilihan bagi pengeluar produk celupan lateks. Kajian ini melibatkan pengadunan lateks getah asli pemvulkanan sinaran (RVNRL) dicampur secara fizikal dengan lateks rendah nitrosamina (LNL) pada komposisi campuran yang berbeza dan dikaji sifat mekanikal bagi menentukan komposisi yang paling sesuai. Kajian turut melibatkan pembentukan rantaian cangkukan dalam lateks campuran dengan mendedahkan lateks tersebut terhadap sinaran dengan kehadiran agen monomer MMA. Lateks campuran pada komposisi yang mempunyai sifat mekanikal paling baik iaitu 70% RVNRL dan 30% LNL dipilih dan disinarkan pada dos rendah yang pelbagai iaitu dari 1 hingga 8KGy. Terdapat dua jenis lateks campuran yang disediakan iaitu lateks campuran tanpa MMA dan dengan MMA pada kuantiti 10 bpg. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti sinaran ke atas lateks campuran dengan monomer MMA berjaya menghasilkan getah campuran dengan nilai tensil sebanyak 26.17 MPa melebihi nilai tensil sarung tangan komersil sebanyak 24 MPa. Ujian mekanikal menunjukkan bahawa penyinaran ke atas lateks campuran tanpa MMA menyebabkan penurunan nilai tensil manakala penyinaran ke atas lateks campuran dengan MMA pula menyebabkan peningkatan nilai tensil. Ini membuktikan bahawa kehadiran MMA sebagai ejen penserasi membantu dalam meningkatkan nilai tensil melalui pembentukan ikatan cangkukan ke atas rantaian utama getah asli. Ujian spektroskopi fourier transform inframerah berjaya membuktikan kehadiran PPMA dalam getah melalui kewujudan puncak spektrum pada nombor gelombang 1731 cm−1 dan 1149 cm−1 yang mewakili kumpulan ester dari PMMA. Ujian penentuan kandungan gel pula menunjukkan tiada peningkatan kandungan gel sejajar dengan peningkatan dos sinaran membuktikan bahawa penyinaran pada kali kedua iaitu pada dos rendah (1 hingga 8 KGy) tidak menghasilkan rantaian tautsilang sebaliknya rantaian cangkukan. Ujian terma menunjukkan kehadiran cangkukan kopolimer PMMA-getah asli melalui pembentukan nilai Tg2 dimana nilai tersebut meningkat dengan peningkatan dos sinaran membuktikan meningkatnya rantaian cangkukan. Ujian resonan magnetik nukleus 1H berjaya membuktikan kewujudan rantaian cangkukan PMMA-getah asli melalui isyarat peralihan kimia oleh terminal -O-CH2- (0.3609 ppm) dari kumpulan ester dan terminal hidrokarbon CH (1.824 ppm) pada rantaian getah asli. Ujian morfologi menunjukkan pembentukan granul hasil dari pengumpulan rantaian PMMA yang dicangkuk pada permukaan partikel getah. Semakin tinggi dos sinaran menghasilkan jumlah granul yang meningkat menunjukkan jumlah rantaian cangkukan yang meningkat. Ujian kandungan sulfur menunjukkan aktiviti penyinaran ke atas lateks campuran berjaya mengurangkan kandungan sulfur dalam lateks campuran di mana kandungan sulfur bagi lateks yang dicampur pada komposisi 60% RVNRL dan 40% LNL dan disinar menunjukkan penurunan sebanyak 60% berbanding lateks yang tidak disinar. Kajian ini berjaya menghasilkan produk baru iaitu lateks campuran yang mempunyai sifat mekanikal memuaskan dan rendah kandungan nitrosamina di mana merupakan produk alternatif kepada getah asli pemvulkanan sulfur.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 105
Call Number: TS1925.P335 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100114+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
166.13 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.