Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463671
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Munir Abdul Murad, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Walter Aaron Wong Chun Yin (P73067) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:33:42Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:33:42Z | - |
dc.date.issued | 2018-01-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98896 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463671 | - |
dc.description | Penyakit reput pangkal batang merupakan salah satu daripada penyakit yang berpotensi untuk menyebabkan kemusnahan yang serius terhadap tanaman kelapa sawit. Penyakit ini disebabkan oleh kulat Ganoderma boninense dan sehingga kini, tiada keadah yang berkesan berjaya dibangunkan untuk mencegah penyakit tersebut. Ganoderma tornatum NPG1 merupakan kulat saprofit yang hidup pada batang dan tunggul kelapa sawit yang telah mati dan terlibat dalam pereputan batang kelapa sawit yang telah tumbang. Memandangkan kulat ini tidak berpatogen terhadap pokok kelapa sawit, iainya berpotensi dijadikan sebagai agen biokawalan terhadap G. boninense sekiranya ia dapat merencat pertumbuhan kulat patogen tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mendalami ciri-ciri G. tornatum NPG1 dan menilai keupayaannya sebagai agen kawalan biologi terhadap G. boninense. Pada permulaan kajian, analisis jujukan DNA bahagian Penjarak Transkripsi Dalaman (ITS) bagi kedua-dua spesies Ganoderma telah dijalankan bagi mengesahkan identiti kulat yang digunakan. Seterusnya basidiokap kedua-dua spesies telah dihidupkan secara tiruan pada blok kayu getah untuk pencerapan morfologi dan bagi mendapatkan spora kulat. Basidiokap G. boninense adalah berwarna merah jingga manakala basidiokap G. tornatum berwarna perang. Basidiospora bagi kedua-dua kulat dicerap menggunakan mikroskop elektron untuk menentukan morfologi dan saiz spora. Spora G. tornatum berbentuk bulat dan mempunyai purata ukuran panjang dan lebar masing-masing 5.14 µm dan 3.71 µm. Spora G. boninense pula berbentuk bujur dan mempunyai purata ukuran panjang dan lebar masing-masing 9.25 µm dan 4.65 µm. Kesan antagonisme G. tornatum terhadap G. boninense ditentukan melalui kaedah dwi-kultur. Hasil menunjukkan G. tornatum berupaya untuk merencat pertumbuhan G. boninense dengan nilai peratusan perencatan pertumbuhan jejarian miselium (PIRG %) sebanyak 62.09 ± 0.51. Bagi memastikan kedua-kedua spesies tidak serasi secara seksual, ujian keserasian kacukan dijalankan dengan 20 kombinasi miselium monokaryon G. tornatum dan G. boninense. Cerapan pada persimpangan pertemuan antara kedua-dua miselium kulat telah dilakukan bagi melihat kehadiran struktur penyambung sepit. Tiada pembentukan sambungan pengapit yang dapat dicerap, mencadangkan kedua-dua kulat tidak serasi dan tiada pergabungan protoplasma berlaku. Profil pertumbuhan pada sumber nutrisi berbeza bagi G. tornatum dan G. boninense telah dilakukan bagi menilai pertumbuhan kedua-dua kulat. Saiz koloni kulat yang dihidupkan pada pelbagai jenis medium tertakrif dan pada agar medium lengkap yis (CYMA) yang ditambahkan dengan pelbagai sumber karbon telah ditentukan. Hasil menunjukan bahawa kedua-dua spesies Ganoderma mempamerkan kadar pertumbuhan yang hampir sama di atas semua medium pertumbuhan yang dikaji. Bagi mengenal pasti kesan kehadiran G. tornatum terhadap kepatogenan G. boninense, kedua-dua kulat telah diinokulat bersama-sama pada bahagian akar anak pokok kelapa sawit. Kehadiran G. tornatum didapati gagal untuk merencat kepatogenan G. boninense malah meningkatkan keupayaan G. boninense untuk menyebabkan kematian terhadap anak pokok kelapa sawit. Pemerhatian ini mencadangkan bahawa kehadiran G. tornatum mungkin telah meningkatkan kevirulenan G. boninense terhadap pokok kelapa sawit. Sebagai kesimpulan, penggunaan G. tornatum sebagai agen kawalan G. boninense adalah tidak sesuai kerana ia gagal merencat pertumbuhan G. boninense dengan berkesan malah kehadirannya dapat meningkatkan kepatogenan G. boninense terhadap kelapa sawit.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kelapa sawit | - |
dc.subject | Kulat | - |
dc.subject | Agen biokawalan | - |
dc.subject | Kepatogenan | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Pencirian kulat Ganoderma tornatum NPG1 dan aktivitinya terhadap patogen kelapa sawit ganoderma boninense | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 119 | - |
dc.identifier.barcode | 003215(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98896+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 174.16 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.