Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463669
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jalifah Latip, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Hasan Fikri Safar (P51355) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:33:37Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:33:37Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-14 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98894 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463669 | - |
dc.description | Pemencilan komponen kimia paku pakis Diplazium esculentum yang diambil dari kebun getah Sungai Buah, Sepang, Selangor, Malaysia telah dijalankan. Tinjauan literatur mendapati kajian saintifik yang dijalankan ke atas spesies ini terutamanya dalam aspek pemencilan kimia adalah sangat minimum. Daun, batang dan akar D. esculentum yang dikeringkan pada suhu bilik diekstrak menerusi rendaman pelarut selama tiga hari setiap satu sama ada secara berturutan dengan n-heksana, etil asetat dan etanol atau direndam terus dalam etanol. Setiap ekstrak yang diperoleh dipisahkan menggunakan kromatografi cecair vakum, radial, turus dan lapisan nipis preparatif. Penentuan struktur sebatian yang dipencilkan dilakukan menerusi spektroskopi resonans magnet nukleus, jisim, ultraungu dan inframerah. Sepuluh sebatian berjaya dipencilkan daripada D. esculentum dan pencirian struktur dilakukan terutamanya secara perbandingan data yang diperolehi dengan data literatur. Sebatian yang diperoleh daripada daun adalah fitenil fitenoat, β-sitosterol, β-sitostenon dan 5,4ʹdihidroksi-6,7-dehidroisoflavan-8-rhamnosida manakala stigmasterol, sitostanol, prokesterol, ergosterol peroksida dipencilkan daripada bahagian batang. Sementara siklolaudenon dan oksaspirolakton telah dipencilkan daripada akar. Kerja ini melaporkan pengasingan kesemua sebatian tersebut buat pertama kali daripada genus Diplazium manakala 5,4'dihidroksi-6,7-dehidroisoflavan-8-rhamnosida direkodkan sebagai sebatian baru. Kerja ini juga mencirikan oksaspirolakton buat pertama kali sebagai hasilan semula jadi. Ujian sitotoksik terhadap sel hati Chang dan ujian anti-malaria dijalankan ke atas kesemua ekstrak yang mendapati kesemua ekstrak tidak toksik; tetapi ekstrak etil asetat batang menunjukkan ciri anti-plasmodium yang sederhana dengan IC50 = 39.98 ± 1.60 µg/mL. Sebatian utama iaitu stigmasterol dan ergosterol peroksida juga diuji dengan ujian antiplasmodium, di mana hanya ergosterol peroksida yang memberikan aktiviti perencatan yang baik (IC50 = 4.27 ± 1.15 µM). Ujian anti-oksida berasaskan KMRO (kapasiti muatan radikal oksigen) juga dijalankan dan menunjukkan ekstrak etanol batang paling berpotensi sebagai agen anti-oksida dengan kapasiti 284.58 µmol setara troloks (ST) per g berat kering (BK) berbanding dengan ekstrak etanol daun (244.08 µmol ST/g BK) dan ekstrak akar (199.61 µmol TE/g BK). Selain itu, 5,4'dihidroksi-6,7-dehidroisoflavan-8-rhamnosida menampakkan kapasiti anti-oksida paling tinggi (336.14 µmol ST/g BK) diikuti dengan prokesterol (276.05 µmol ST/g BK), β-sitostenon (186.02 µmol ST/g BK), ergosterol peroksida (176.44 µmol ST/g BK), stigmasterol (173.35 µmol ST/g BK), siklolaudenon (129.45 µmol ST/g BK), oksaspirolakton (124.55 µmol ST/g BK), β-sitosterol (115.71 µmol ST/g BK) dan fitenil fitenoat (107.72 µmol ST/g BK). Ujian anti-oksida KAPF (kuasa anti-oksida penurunan ferik) menunjukkan kesemua sebatian dengan nilai kurang dari 20 mg ST/100 g BK, manakala ujian KFT (kandungan fenolik total) dan DFPH (2,2-difenil-1-pikrilhidrazil) menunjukkan keputusan yang tidak bererti. Berdasarkan dapatan ini, paku-pakis D. esculentum adalah selamat untuk dimakan setelah diuji ketoksikan sel hati Chang serta mengandungi sebatian fenolik yang anti-oksidatif iaitu 5,4'dihidroksi-6,7-dehidroisoflavan-8-rhamnosida dan ergosterol peroksida dengan ciri anti-malaria.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Paku pakis | - |
dc.subject | Pemencilan kimia | - |
dc.subject | Anti-malaria | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Komponen kimia dan aktiviti biologi bagi paku-pakis Diplazium esculentum | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 182 | - |
dc.identifier.barcode | 003213(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98894+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.