Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463633
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Md. Pauzi Abdullah, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurul Hidayah Ahmad Safee (P44018) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:32:14Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:32:14Z | - |
dc.date.issued | 2013-10-09 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:85092 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463633 | - |
dc.description | Dalam kajian ini, tiga nanozarah berasaskan kitosan iaitu nanozarah kitosan tripolifosfat (NZK-TPF), nanozarah O-karboksimetil kitosan kalsium klorida (NZ-OKMK- CaCl2) dan nanozarah O-karboksimetil kitosan ferum(II,III) oksida (NZ-OKMK- Fe3O4) telah disediakan. NZK-TPF disintesis melalui tindak balas kitosan dengan natrium tripolifosfat. NZ-O-KMK-CaCl2 pula disintesis melalui tindak balas kitosan dengan asid monokloroasetik dalam isopropanol dikuti pengolahan dengan kalsium klorida. Sintesis NZ-O-KMK-Fe3O4 pula memerlukan penyediaan karboksimetil kitosan dan nanozarah magnetit (Fe3O4) sebelum kedua-duanya ditindakbalaskan dengan karbodimida. Kesemua NZ ini kemudiannya dicirikan dengan data daripada spectrum Infra Merah Transformasi Fourier (IMTF), analisis unsur, spektrum Resonans Magnet Nukleus Proton (RMN-1H), pembelauan sinar-X (PSX), analisis Mikroskop Elektron Imbasan Medan Pancaran (MEIMP) dan analisis Magnetometer Sampel Bergetar (MSB). Analisis IMTF menunjukkan puncak tipikal nanozarah kitosan terdapat sekitar 3400 cm-1, 2900 cm-1, 1600 cm-1 dan 1100 cm-1 masing-masing datangnya daripada getaran regangan O-H dan N-H, C-H, C=O dan CO. Analisis PSX menunjukkan NZ kitosan mempunyai dua puncak berhampiran 2θ=10o dan 20o dan kehabluran NZK-TPF dan NZ-O-KMK-CaCl2 berkurang selepas pengubahsuaian dilakukan kerana polimer NZ ini lebih amorfus. Analisis MEIMP menunjukkan bahawa NZK-TPF, NZ-O-KMK-CaCl2 dan NZ-O-KMK-Fe3O4 mempunyai julat saiz zarah 49-63, 48-89 dan 16-23 nm. Analisis menggunakan MSB memberikan nilai pemagnetan tepu (Mt) bagi Fe3O4 dan NZ-O-KMK-Fe3O4 masingmasing sebagai 61 dan 44 emu/g. Kajian erapan nanozarah berasaskan kitosan terhadap ion Mn(II) dan Fe(III) dilakukankan menggunakan Spektroskopi Serapan Atom (SSA). Ketiga-tiga nanozarah berasaskan kitosan mematuhi isoterma penjerapan Langmuir dan Freundlich bagi kajian penjerapan terhadap kedua-dua ion Mn(II) dan Fe(III). Kinetik erapan ion Mn(II) dan Fe(III) terhadap NZK-TPF, NZ-OKMK- CaCl2 dan NZ-O-KMK-Fe3O4 paling tepat diwakili oleh model tertib pseudo kedua, yang menunjukkan langkah penentu kadar sebagai kimierapan melibatkan daya-daya valens melalui perkongsian atau penukaran elektron di antara zat terjerap dan bahan penjerap. NZ-O-KMK-CaCl2 boleh dianggap sebagai penjerap terbaik untuk menyingkirkan ion Mn(II) dan Fe(III) daripada air minum walaupun kajian ini menunjukkan kesemua NZ boleh digunakan.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Chitosan | - |
dc.subject | Biotechnology. | - |
dc.title | Penyediaan, pencirian dan keupayaan pengambilan ion Mn (II) dan Fe(III) daripada larutan akueus bagi kitosan tripolifosfat, o-karboksimetil kitosan-CaCl2 dan o-karboksimetil kitosan-Fe3O4 | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 118 | - |
dc.identifier.callno | TP248.65.C55N847 2013 | - |
dc.identifier.barcode | 002167 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85092+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.59 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.