Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463615
Title: Pembangunan AlCoSD sebagai alat campur tangan keselamatan pembinaan melalui reka bentuk selamat pembinaan
Authors: Asmalia Che Ahmad (P40334)
Supervisor: Ismail Bahari, Prof. Dr.
Keywords: Kselamatan Pembinaan
Pembangunan AlCoSD
Industrial safety
Issue Date: 1-May-2013
Description: Pendekatan keselamatan pembinaan daripada aspek reka bentuk merupakan satu senario yang baru di Malaysia. Dalam amalan biasa, keselamatan dalam industri pembinaan negara ini hanya ditekankan semasa fasa pembinaan sahaja. Kaedah kawalan keselamatan yang paling berkesan iaitu semasa fasa reka bentuk tidak dimanfaatkan. Negara-negara maju telah mempraktikkan reka bentuk selamat bagi meningkatkan tahap keselamatan pembinaan. Kurang kesedaran, pengetahuan dan pengalaman berkenaan reka bentuk selamat menyebabkan pendekatan ini terpinggir. Hasil siasatan kemalangan pembinaan di Malaysia juga tidak melihat reka bentuk sebagai salah satu penyebab kemalangan pembinaan. Lantaran itu, wujud keperluan untuk menentukan persepsi profesional pembinaan mengenai pendekatan ini dan menjustifikasikan reka bentuk sebagai salah satu punca utama kemalangan pembinaan. Kajian telah dilakukan untuk menentukan persepsi profesional pembinaan Malaysia tentang kesedaran terhadap reka bentuk selamat, kriteria reka bentuk selamat, faktor mempengaruhi reka bentuk selamat serta hubungan antara reka bentuk dengan keselamatan pembinaan. Seterusnya, sebuah Model Siasatan Kemalangan dalam Reka Bentuk Selamat Pembinaan (Accident Investigation in Construction Safe Design) (AICoSD) dibangunkan dan diuji sebagai alat siasatan kemalangan pembinaan daripada aspek reka bentuk selamat. Persepsi profesional pembinaan dan AICoSD diharap dapat membantu penyiasatan kemalangan pembinaan dengan mengambilkira reka bentuk selamat secara amalan dan campur tangan (intervention). Borang soal selidik dibangunkan dan diedarkan untuk menentukan persepsi profesional pembinaan. Seramai 295 responden terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling). AICoSD dibangunkan daripada kajian literatur yang digabungkan dengan persepsi profesional pembinaan serta adaptasi model Siasatan Insiden Pembinaan - Reka Bentuk (Design - Construction Incident Investigation). Kebolehpercayaan dan kesahan AICoSD diuji ke atas 7 kes kemalangan maut pembinaan oleh 54 panel pakar dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Kajian tinjauan persepsi di kalangan profesional pembinaan mendapati hubungan postif yang signifikan antara reka bentuk dengan keselamatan pembinaan (r > 0.50, p < 0.01). Hasil penilaian panel pakar menggunakan AICosD mendapati kesemua 7 kes kemalangan pembinaan kajian berpunca daripada reka bentuk. Ujian kebolehpercayaan menunjukkan kosistensi dalaman yang tinggi (α > 0.80) terhadap semua pernyataan AICoSD. Ujian kesahan luaran menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penilaian panel pakar (p > 0.05). Secara keseluruhan, kajian membuktikan bahawa terdapat hubungan antara reka bentuk dengan keselamatan pembinaan serta mengesahkan AICoSD sebagai alat siasatan kemalangan pembinaan daripada aspek reka bentuk selamat. Ia menunjukkan reka bentuk selamat sebagai campur tangan yang prospektif bagi meminimumkan risiko kemalangan pembinaan serta meletakkan AICoSD sebagai alat yang berpotensi diintegrasi ke dalam protokol siasatan kemalangan pembinaan untuk memberikan hasil yang lebih komprehensif dalam penentuan penyebab kemalangan.,Ph.D
Pages: 289
Call Number: T55.25.A846 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84877+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
16.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.