Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463564
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBohari M. Yamin, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNoorhanani Mohd Ali (P74116)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:29:31Z-
dc.date.available2023-09-25T09:29:31Z-
dc.date.issued2016-07-04
dc.identifier.otherukmvital:84139
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463564-
dc.descriptionLigan makrosiklik tetraaza perklorat telah disintesis dengan menindakbalas etilenadiamina dengan garam ammonium perklorat dalam pelarut aseton. Ligan yang terhasil merupakan garam makrosiklik 5,5,7,12,12,14-heksametil-1,4,8,11-tetraazasiklotetradeka-7,14-dienium diperklorat, [Me6C10H16N4](ClO4)2 iaitu gelang 14-ahli dengan empat atom nitrogen pada kedudukan satah segi empat. Dua daripada atom nitrogen tersebut adalah terproton dan dua atom nitrogen yang lain adalah kumpulan berfungsi azometin yang mana kedua-dua berada pada kedudukan bersetentang perpenjuru. Ligan tersebut telah dicirikan dengan kaedah spektroskopi inframerah, ultralembayung-boleh nampak, resonans magnet nukleus, analisis mikrounsur, spektrometri jisim dan analisis termogravimetri. Ligan ini kemudiannya digunakan untuk tindak balas pengkompleksan dengan garam kuprum dalam dua pelarut iaitu akueus dan cecair ionik. Tindak balas ligan dengan siri garam kuprum iaitu asetat, perklorat, klorida, bromida, nitrat dan sulfat dalam akueus telah menghasilkan kompleks yang sama iaitu C16H32N4Cu(ClO4)2. Di dalam tindak balas ini, atom nitrogen amina terproton telah mengalami nyahproton. Manakala tindak balas ligan dengan kuprum(II) asetat monohidrat dalam cecair ionik 1-butil-3-metilimidazolium bis(trifluorometilsulfonil)imida, [Bmim][NTf2] dan 1-butil-3-metilimidazolium heksafluorofosfat, [Bmim][PF6] telah menghasilkan kompleks kuprum(II) bis(etilenadiamina) bis(perklorato-O), C4H16N4Cu(ClO4)2. Analisis mikrounsur, spektroskopi inframerah, ultralembayung-boleh nampak, spektrometri jisim dan kajian kristalografi sinar-X bersetuju dengan struktur formula yang dicadangkan. Kajian tindak balas kinetik menunjukkan pencampuran [Me6C10H16N4](ClO4)2 dengan Cu(OAc)2.H2O dengan serta-merta membentuk kompleks perantara dan diikuti dengan penghasilan produk. Dalam keadaan kepekatan ligan yang berlebihan, kinetik pseudo-satu diperoleh dan membolehkan kajian awal kinetik pengkompleksan dilakukan berasaskan skema tersebut.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectGaram curtis perklorat
dc.subjectPelarut akueus
dc.subjectCecair ionik
dc.subjectGaram kuprum
dc.subjectLigan
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengkompleksan garam curtis perklorat dengan kuprum dalam pelarut akueus dan cecair ionik
dc.typetheses
dc.format.pages268
dc.identifier.barcode002488(2016)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84139+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
4.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.