Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463557
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Salam Babji, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Azhana Hamzah (P64401) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:29:14Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:29:14Z | - |
dc.date.issued | 2016-06-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84130 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463557 | - |
dc.description | Kajian ini dilakukan untuk mengesan kehadiran DNA babi dalam rempah campuran dan produk daging di pasaran menggunakan tindakbalas rantaian polimerasi (PCR) konvensional dan PCR penghibridan-Southern cip gen komersil. Pengesanan DNA babi dalam rempah campuran dan produk daging diuji kerana beberapa isu yang berkaitan dengan pencemaran produk makanan di Malaysia. Ini adalah isu penting untuk pengesahan Halal terutama untuk pengguna Islam. Banyak teknik yang telah dibangunkan untuk menentukan status halal produk makanan. Dalam kajian ini, dua kaedah telah digunakan untuk mengesan kehadiran DNA babi dalam rempah campuran dan produk daging dengan menggunakan PCR dan penghibridan-Southern di atas biocip. Kawalan positif dan negatif yang biasa hadir untuk setiap pengeluaran. DNA daging babi mentah digunakan sebagai kawalan positif manakala air bebas nukleus digunakan sebagai kawalan negatif. DNA dari rempah campuran dan produk daging itu diamplifikasi dengan menggunakan primer spesis-spesifik iaitu sitokrom (cyt) b dengan jalur 276-base pair (bp) cip gen komersil untuk mengesan spesies babi, mitokondria (mt) primer DNA D-loop iaitu Pork1 dan Pork2 dengan ukuran jalur 531- bp, dan mtATP primer yang menghasilkan jalur pada 83-bp sangat spesifik untuk mengesan DNA babi. Primer daging lembu dan ayam juga digunakan untuk amplifikasi DNA hasilan daging terproses bagi mengesahkan kesahihan jenis daging yang digunakan dalam produk tersebut. Kajian ini menunjukkan bahawa tiada sebarang daripada sampel telah tercemar dengan sisa babi tetapi produk terpilih dengan hasilan daripada daging babi adalah positif. Spesies-spesifik PCR membuahkan hasil yang sangat baik untuk mengenal pasti derivatif babi dalam produk makanan dan ia adalah teknik yang berpotensi dipercayai dan sesuai dalam analisis makanan rutin untuk pensijilan Halal.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Rempah campuran | |
dc.subject | Penghibridan Southern | |
dc.subject | DNA babi | |
dc.subject | Rantaian polimerasi | |
dc.subject | Cip gen komersial | |
dc.subject | Penentuan halal | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penentuan halal bagi rempah campuran dan daging terproses menggunakan kaedah tindakbalas rantaian polimerasi dan penghibridan Southern di atas biocip | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 86 | |
dc.identifier.barcode | 002477(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84130+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 189.92 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.