Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463550
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSahilah Abd. Mutalib, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNur Rabiatul Adawiah Mohammad Noor (P66027)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:29:00Z-
dc.date.available2023-09-25T09:29:00Z-
dc.date.issued2015-12-02
dc.identifier.otherukmvital:83925
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463550-
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk menentukan kehadiran Vibrio parahaemolyticus terhadap 30 sampel ketam bunga (Portunus pelagicus) dari dua buah negeri iaitu Negeri Sembilan (n=15) dan Selangor (n=15) dari Mac sehingga Julai 2014. Sejumlah 193 pencilan Vibrio sp. telah diasingkan daripada agar thiosulphate citrate bile-salt (TCBS). Daripada bilangan tersebut, 79 pencilan dikenalpasti sebagai V. parahaemolyticus melalui kaedah ujian biokimia dan pengesanan melalui kaedah tindak balas rantaian polimerase- PCR. Ujian pengesanan gen pengatur toxR bagi mengenalpasti V. parahaemolyticus menunjukkan sebanyak lima puluh satu (51) (64.6%) daripada 79 pencilan positif terhadap gen toxR manakala kesemua pencilan (51/51) tidak mengandungi gen virulen tdh dan trh. Ujian kerintingan antibiotik mendapati kesemua pencilan rintang 100% (51/51) terhadap penisilin, basitrasin dan ampisilin. Sejumlah 96.1% (49/51) rintang terhadap klindamicin, 90.2% (45/51) rintang terhadap eritromisin, 88.2% (45/51) rintang terhadap streptomisin dan 49% (25/51) rintang terhadap kanamisin. Peratus kerintangan pencilan V. parahaemolyticus terhadap gentamisin dan sefalotin adalah sama iaitu 13.7% (7/51) dan diikuti dengan chloramphenicol dan sulphamethoxazole/ trimethoprim iaitu 7.84% (4/51). Kesemua pencilan 100% (51/51) sensitif terhadap tetrasiklin. Analisis ini menghasilkan 18 corak antibiogram. Kaedah subtyping yang digunakan untuk membezakan 51 pencilan V. parahaemolyticus adalah melalui kaedah Enterobakterial repetitif intergenik konsensus- Tindak balas rantaian polimerase (ERIC-PCR), Amplikasi polimorfik asid deoksiribonukleik-Tindak balas rantaian polimerase (RAPD-PCR) dan kerintangan antibiotik. Kajian mendapati melalui pencirian molekular, pencilan yang dikaji mempunyai kepelbagaian genotip yang tinggi dimana daripada analisis ERIC-PCR sebanyak 30 corak terhasil (E1-E25). Manakala, 5 primer (Gen1, Gen3, Gen9, Opar3 dan Opar8) RAPD-PCR menghasilkan sebanyak 20, 38, 25, 16 dan 28 corak, setiap satunya. Dengan menggunakan kaedah analisis kelompok, analisis ERIC- PCR menghasilkan 11 kelompok dan dua (2) asingan tunggal pada tahap keserupaan 80%. Manakala analisis RAPD- PCR, Gen1 menghasilkan dua (2) kelompok; Gen3 menghasilkan empat (4) kelompok dan empat (4) asingan tunggal; Gen9 menghasilkan dua (2) kelompok; Opar3 menghasilkan dua (2) kelompok dan dua (2) asingan tunggal dan Opar8 menghasilkan lapan (8) kelompok pada tahap keserupaan 80%. Gabungan antara kerintangan antibiotik dan pencirian molekular telah menghasilkan 51 jenis genom yang berbeza. Oleh itu, V. parahaemolyticus yang diasingkan daripada ketam bunga menunjukkan kepelbagaian genetik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectVibrio parahaemolyticus
dc.subjectPortunus pelagicus
dc.subjectKetam bunga
dc.subjectUjian pengesanan
dc.subjectKepelbagaian genetik
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengesanan dan pencirian vibrio parahaemolyticus yang diasingkan dari ketam bunga (Portunus pelagicus)
dc.typetheses
dc.format.pages135
dc.identifier.barcode002472(2016)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83925+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
288.29 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.