Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463537
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Razak Daud, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Ismail Hanafi (P64727) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:28:34Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:28:34Z | - |
dc.date.issued | 2015-09-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:83425 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463537 | - |
dc.description | Aloi Co-Ni-Fe adalah suatu bahan bersifat magnet yang boleh disintesis dengan berbagai cara. Menghasilkan filem nipis zarah aloi Co-Ni-Fe dengan bantuan surfaktan menggunakan kaedah elektropengendapan potentiostatik yang mana keupayaan elektropengendapan sebagai parameter kajian adalah menjadi tumpuan dalam kajian ini. Kemudian filem nipis zarah aloi Co-Ni-Fe yang terhasil dilakukan pencirian melibatkan kajian morfologi, ketebalan lapisan, komposisi kimia, fasa, struktur hablur dan sifat magnet. Aloi Co-Ni-Fe disintesis dengan kaedah elektropengendapan potentiostatik menggunakan elektrolit yang mengandungi 0.15 M CoSO4, 0.2 M NiSO4, 0.005 M FeSO4 dan 0.4 M H3BO3. Kajian melibatkan elektrolit tanpa surfaktan dan elektrolit yang mengandungi surfaktan alkil poliglukosida (APG) daripada 0.5 hingga 2.0 mM. Kepekatan genting misel bagi APG ditentukan dengan kaedah tegangan permukaan dan didapati berada pada kepekatan 1.07 mM. Lapisan nipis oksida indium stanum (ITO) yang tersalut pada kaca digunakan sebagai substrat bagi pengendapan Co, Ni dan Fe. Teknik voltametri berkitar digunakan bagi menentukan keupayaan pengendapan bersama Co, Ni dan Fe. Kehadiran APG di dalam elektrolit didapati dapat mengurangkan ketebalan lapisan logam (0.50 µm) yang terendap berbanding dengan elektrolit tanpa APG (0.59 µm). Ketebalan lapisan endapan tanpa APG didapati menurun (1.28 kepada 1.07 µm), manakala ketebalan endapan dengan kehadiran APG meningkat (0.17 kepada 1.03 µm) apabila keupayaan pengendapan bersama ditingkatkan menjadi semakin negatif. Kandungan Ni dalam lapisan endapan meningkat (11.91 kepada 29.37 % at.) manakala kandungan Co (83.42 kepada 68.91 % at.) dan Fe (4.68 kepada 1.72 % at.) berkurang tetapi tidak signifikan dengan kehadiran APG walaupun keupayaan elektropengendapan semakin negatif. Analisis morfologi aloi Co-Ni-Fe yang terendap melalui mikroskop elektron imbasan pancaran medan (FESEM) menunjukkan bentuk zarah aloi berubah daripada bersaiz besar dan berbentuk tidak menentu bagi sampel yang disediakan tanpa APG kepada bersaiz halus dan berbentuk sfera dengan kehadiran APG. Purata saiz zarah paling kecil dicapai ialah 50 nm apabila kepekatan APG 1.5 mM dengan keupayaan pengendapan -1.10 V(EKT). Hasil analisis fasa menerusi kaedah belauan sinar-X (XRD) menunjukkan lapisan nipis aloi Co-Ni-Fe yang dihasilkan terdiri daripada fasa amorfus bagi endapan tanpa APG dan campuran fasa amorfus-hablur dengan kehadiran APG. Struktur hablur FCC dan BCC wujud secara bersama apabila kepekatan APG melebihi 1.5 mM dengan purata saiz hablur antara 32 - 81 nm . Walau bagaimanapun, kepaksaan (Hc) yang ditentukan menggunakan magnetometer sampel bergetar (VSM) menunjukkan peningkatan bagi lapisan nipis aloi Co-Ni-Fe yang terhasil daripada elektrolit yang mengandungi APG iaitu daripada 144 hingga 149 Oe berbanding tanpa APG iaitu antara 100 hingga 118 Oe apabila keupayaan pengendapan bersama semakin negatif iaitu daripada -1.10 V(EKT) hingga -1.30 V(EKT). Manakala nilai pemagnetan tepu (Ms) lapisan nipis aloi Co-Ni-Fe lebih rendah dengan kehadiran APG antara 2.32 hingga 3.22 memu berbanding tanpa APG iaitu antara 6.54 hingga 23.1 memu pada julat keupayaan yang sama. Kehadiran surfaktan APG mampu menghasilkan lapisan nipis aloi Co-Ni-Fe nanostruktur dengan zarah bersaiz halus dan berbentuk sfera. Keupayaan elektropengendapan dan kehadiran surfaktan APG mempengaruhi nilai kepaksaan (Hc) dan pemagnetan tepu (Ms) filem nipis tersebut dengan signifikan.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Sintesis dan pencirian aloi co-ni-fe nanostruktur dihasilkan dengan kaedah elektropengendapan dengan bantuan surf | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 99 | - |
dc.identifier.callno | TA483.I846 2015 | - |
dc.identifier.barcode | 001829 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83425+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.