Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463508
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRusli Daik, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSatriani Aga Pasma (P62815)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:27:40Z-
dc.date.available2023-09-25T09:27:40Z-
dc.date.issued2014-03-20-
dc.identifier.otherukmvital:83127-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463508-
dc.descriptionTandan kosong kelapa sawit (OPEFB) adalah bahan sisa berlignoselulosa daripada industri minyak sawit.Ia merupakan sumber berpotensi dalam penghasilan glukosa dan xylosa yang boleh digunakan sebagai bahan mentah dalam penghasilan produk bernilai tinggi seperti asid suksinik. Minat penyelidikan terhadap penggunaan bahan sisa berlignoselulosa untuk penghasilan bahan bakar dan bahan kimia semakin meningkat kerana bahan memiliki kos yang rendah, dapat diperbaharui dan memiliki jumlah gula yang banyak. Objektif kajian adalah untuk menghasilkan beberapa poliester terbiodgradasi daripada OPEFB menggunakan kaedah pempolimeran berenzim. Selulosa dan glukosa digunakan sebagai produk perantara dalam penghasilan asid suksinik. Rawatan organosolv digunakan untuk mengekstrak selulosa daripada OPEFB, pelarut yang digunakan adalah etanol dan air. Proses hidrolisis berenzim selulosa daripada OPEFB dilakukan pada suhu 40oC, kekuatan goncangan 145 rpm dengan menggunakan pelbagai jumlah enzim dan selulosa (0.1; 0.2; 0.3) dan masa tindak balas adalah 2-94 jam. Celluclast dan Novozyme 188 digunakan dalam hidrolisis berenzim. Kepekatan glukosa yang tertinggi daripada hidrolisis berenzim adalah sebanyak 167.4 g/L (perolehan gula adalah 0.73 g/g daripada OPEFB). Fermentasi mengunakan Actinobacillus Succinogenes dijalankan untuk penghasilan asid suksinik. Kepekatan asid suksinik tertinggi adalah sebanyak 23.50 g/L daripada OPEFB glukosa. Pempolimeran berenzim dijalankan antara asid suksinik yang dihasilkan daripada OPEFB dengan 1,4-butanadiol, gliserol, dan etilena glikol untuk menghasilkan poliester yang terbiodegradasi dengan Lipase (Candida Antartica CALB) sebagai mangkin. Jisim molekul bagi ketiga polisester poli(butilena suksinat), poli(gliserol suksinat), dan poli(etilena suksinat) masing-masing adalah 5.90×104, 6.20×104 dan 4.53×104 g/mol. Untuk pencirian produk yang terhasil seperti selulosa, asid suksinik, dan poliester terbiodegradasi, analisis termogravimetri (TGA), transformasi Fourier inframerah (FTIR), spektroskopi resonans magnetik nuklear (NMR), kalorimeter imbasan perbezaan (DSC) dan mikroskopi elektron imbasan (SEM) telah digunakan. Kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) dan kromatografi penerapan gel (GPC) digunakan dalam penentuan kuantiti glukosa dan asid suksinik yang terhasil dan dalam penentuan jisim molekul poliester terbiodegradasi yang telah dihasilkan.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBiomass chemicals-
dc.titlePenghasilan poliester terbiodegradasi daripada tandan kosong kelapa sawit melalui pempolimeran berenzim-
dc.typetheses-
dc.format.pages123-
dc.identifier.callnoTP1180.T5 S347 2014-
dc.identifier.barcode001791-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83127+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.