Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463487
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSarani Zakaria, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAnis Syuhada Mohd Saidi (P78545)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:26:55Z-
dc.date.available2023-09-25T09:26:55Z-
dc.date.issued2016-03-03
dc.identifier.otherukmvital:82981
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463487-
dc.descriptionSelulosa telah diekstrak daripada pulpa teras kenaf melaui satu siri proses pelunturan (D) dan rawatan alkali (E) mengikut urutan D-E-E-D. Kaedah pra-penyejukan larutan litium hidroksida/urea (LiOH/urea) yang berkomposisi 4.6 bt% LiOH dan 15 bt% urea digunakan untuk menghasilkan larutan selulosa pada suhu rendah. Larutan selulosa yang dihasilkan bertaut-silang dengan glutaraldehida (GA) dan glioksal (GLO) pada peratus yang berbeza (2.5 % - 20 %) yang diukur dalam g/ml dan proses koagulasi berlaku lalu menghasilkan membran selulosa terjana semula.Taut-silang dijalankan bertujuan untuk menambah baik sifat mekanik membran selulosa yang terjana semula (RCM) yang mempunyai julat berat molekul yang rendah. RCM melalui proses sejuk-beku untuk pencirian dan juga dikeringkan pada suhu bilik untuk penghasilan filem nipis selulosa sebelum dianalisis. Kesan peratus ejen taut-silang terhadap RCM dikaji dari aspek ketelusan, morfologi, kehabluran, indeks tegangan, darjah pembengkakan serta isipadu liang. Indeks kehabluran (CrI) RCM semakin menurun setelah bertaut-silang disebabkan taut-silang mempengaruhi susunan hablur pada sampel yang berlaku pada kawasan kehabluran selulosa II. Semakin tinggi peratus taut-silang yang digunakan, semakin rendah nilai bacaan CrI dan GA mencatatkan bacaan CrI yang lebih rendah berbanding GLO. Peratus taut-silang yang tinggi juga menyebabkan pertambahan liang, namun saiz keliangan adalah lebih kecil dan mikrostruktur selulosa adalah lebih padat. Ketelusan RCM yang bertaut-silang dengan peratusan yang lebih tinggi menunjukkan bacaan yang lebih rendah berikutan peningkatan komposisi taut-silang akan menyebabkan pengagregatan rantaian taut-silang selulosa yang lebih tinggi. Cahaya sukar untuk menembusinya dan menyebabkan ketelusan sampel adalah lebih rendah. RCM yang bertaut-silang dengan GA mempunyai ketelusan yang lebih rendah berbanding GLO disebabkan rantaian GA yang lebih panjang berbanding GLO. Darjah pembengkakan (DS) dan isipadu liang merekodkan bacaan yang selari di mana pertambahan komposisi taut-silang bagi kedua-dua GLO dan GA menghasilkan bacaan DS dan isipadu liang yang lebih rendah. Perbezaan DS mencatatkan pengurangan sebanyak tiga kali ganda bagi GLO dan lapan kali ganda bagi GA dan isipadu liang yang berkurang sebanyak 148 % dan 301% bagi GLO dan GA berbanding sampel tanpa taut-silang. Pertambahan peratus taut-silang bagi kedua-dua GA dan GLO turut meningkatkan bacaan indeks tegangan bagi filem nipis selulosa. Peningkatan sebanyak 14 % dan 30 % bagi GLO dan GA dari sampel tanpa taut-silang jelas menunjukkan pertambahan sifat mekanikal yang lebih baik setelah bertaut-silang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectSelulosa
dc.subjectTaut-silang
dc.subjectMembran selulosa
dc.subjectPulpa teras kenaf
dc.subjectCellulose
dc.titleKesan penambahan ejen taut-silang terhadap pencirian sifat fizik dan mekanik membran selulosa terjana semula
dc.typetheses
dc.format.pages87
dc.identifier.callnoQD323.A535 2016 tesis
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82981+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
169.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.