Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463486
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hasidah Mohd Sidek, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Raifana Mohamad Salleh (P67462) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:26:53Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:26:53Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-05 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:82980 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463486 | - |
dc.description | Infeksi oleh pelbagai patogen mikrob terhadap sel hos menyebabkan pemfosfatan glikogen sintase kinase 3β (GSK3β), enzim utama yang terlibat dalam pelbagai proses sel, dan dikaitkan dalam pelbagai penyakit termasuk penyakit berkait-infeksi parasit. Produk mikrob daripada aktinomiset telah dilaporkan memainkan peranan yang sangat signifikan dalam pelbagai aktiviti biologi. Kajian ini bertujuan untuk menilai aktiviti anti-malaria ekstrak kasar, fraksi dan sebatian daripada aktinomiset tanah, H11809; dan mengkaji penglibatan GSK3 dalam aktiviti anti-malaria. Penilaian terhadap kemandirian P. falciparum 3D7 menggunakan pengasaian parasit laktat dehidrogenase (pLDH) berikutan pengeraman dengan ekstrak kasar aseton serta fraksi kloroform dan heksana menunjukkan bahawa ekstrak kasar aseton dan fraksi heksana menindas perkembangan P. falciparum strain 3D7 dalam kultur ((IC50 0.57 ± 0.09 dan 3.20±0.51 µg/mL masing-masing). Kedua-dua ekstrak dan fraksi ini bersifat selektif terhadap strain 3D7 dengan memberikan kesan minimum terhadap sel hepar Chang (Indeks pemilihan > 10). Suntikan intraperitoneal berulang terhadap mencit terinfeksi-P. berghei NK65 dengan perlakuan 25, 50, 100 dan 250 mg/kg berat tubuh (BT) ekstrak H11809 (aseton) selama empat hari berturut-turut menunjukkan aktiviti kemopenindasan bergantung dos masing-masing dengan bacaan 48.00, 51.90, 80.42 and 83.02%. Perlakuan ekstrak terhadap mencit terinfeksi-P. berghei NK65 meningkatkan median tempoh kemandirian mencit berbanding mencit terinfeksi tanpa perlakuan. Di samping itu, mencit normal (tanpa infeksi) yang diberikan sehingga 250 mg/kg BT ekstrak kasar aseton H11809 selama empat hari berturut-turut hidup sepanjang 30 hari tempoh pemantauan. Analisis Western menunjukkan peningkatan (6.79-kali ganda) terhadap pemfosfatan Ser 9 GSK3β dalam sampel hepar mencit terinfeksi dengan perlakuan ekstrak kasar aseton H11809 berbanding sampel daripada mencit tidak terinfeksi atau mencit terinfeksi tanpa perlakuan. Sebatian bioaktif yang telah dikenalpasti dalam H11809, iaitu diketopiperazin (cyclo-leu-pro) dan hanya dibutil ftalat (DBP) menunjukkan aktiviti anti-plasmodium yang baik terhadap parasit strain 3D7 (IC50 4.87 µg/ml ± 1.26 bersamaan 17.50 µM). DBP juga menunjukkan aktiviti kemopenindasan in vivo yang baik (kemopenindasan 60.80% pada dos 300 mg/kg BT). Pemberian DBP turut menyebabkan peningkatan pemfosfatan Ser 9 GSK3β hepar berbanding kawalan. Penemuan daripada kajian ini menunjukkan aktiviti anti-malaria H11809 diperantara melalui perencatan GSK3β hos. Hasil kajian juga mencadangkan DBP sebagai DBP sebagai satu sebatian bioaktif berpotensi yang menyumbang kepada aktiviti anti-malaria H11809 melalui perencatan GSK3β.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Glikogen sintase | - |
dc.subject | Anti malaria | - |
dc.subject | Ekstrak aktinomiset | - |
dc.subject | Hepar | - |
dc.subject | Glycogen synthesis | - |
dc.title | Aktiviti anti-malaria ekstrak aktinomiset H11809 melibatkan perencatan glikogen sintase kinase 3β hepar dalam mencit terinfeksi-plasmodium berghei | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 147 | - |
dc.identifier.callno | QP701.N837 2016 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82980+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 491.8 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.