Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463477
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Idris Abdul Ghani, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Muhamad Fahmi Muhamad Halil (P45269) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:26:37Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:26:37Z | - |
dc.date.issued | 2013-07-22 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81910 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463477 | - |
dc.description | Kajian mengenai potensi serangga pemangsa Sycanus dichotomus sebagai agen kawalan biologi terhadap serangga perosak kelapa sawit, ulat bungkus, Metisa plana telah dilakukan di makmal dan di lapangan. Kajian makmal melibatkan pemerhatian ke atas aspek kitar hidup dan tahap kesuburan Sycanus pada kepadatan bilangan pemeliharaan pemangsa yang berbeza menggunakan larva alternatif (Tenebrio molitor), kemampuan nimfa dan dewasa pemangsa Sycanus untuk menyerang larva ulat bungkus serta kecenderungan pemangsaannya ke atas larva perosak sawit ini. Sementara itu kajian lapangan melibatkan pemerhatian ke atas keberkesanan pemangsaan Sycanus dalam mengawal perosak ulat bungkus yang menyerang kelapa sawit melalui kaedah kajian sangkar dan ladang terbuka. Hasil kajian mendapati bilangan kepadatan pemangsa dipelihara yang berbeza tidak mempengaruhi tempoh perkembangan hidup pemangsa Sycanus bermula daripada peringkat nimfa pertama sehingga dewasa yang mana tiada perbezaan signifikan (P>0.05) dicatatkan antara kumpulan pemangsa. Faktor bilangan nisbah jantan betina pemangsa yang berbeza tidak mempengaruhi kesuburan pemangsa Sycanus yang mana peratusan telur yang menetas serta bilangan nimfa pemangsa yang terhasil tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (P>0.05) antara kumpulan pemangsa. Bilangan larva ulat bungkus yang dimakan pemangsa Sycanus betina adalah lebih banyak dan berbeza secara signifikan (P<0.05) berbanding bilangan larva yang dimakan pemangsa Sycanus jantan. Manakala jenis Sycanus liar mencatatkan bilangan larva yang dimakan lebih tinggi dan berbeza secara signifikan (P<0.05) berbanding bilangan larva ulat bungkus yang dimakan oleh Sycanus peliharaan makmal. Kajian mendapati jumlah bilangan larva M. plana yang dimakan peringkat nimfa Sycanus adalah berhubung secara positif dan signifikan dengan pertambahan peringkat nimfa pemangsa (R2 = 0.76, P<0.05). Selain itu, pemangsa S. dichotomus juga lebih cenderung menyerang larva ulat bungkus apabila mencatatkan peratusan jumlah larva yang paling banyak dimakan dan berbeza secara signifikan (P<0.05) berbanding larva serangga yang lain. Hasil kajian di lapangan mendapati jumlah bilangan larva ulat bungkus yang dicatatkan pada kawasan yang dilepaskan pemangsa Sycanus melalui kajian sangkar jaring dan lapangan terbuka adalah mengurang berbanding kawasan yang tidak dilepaskan pemangsa Sycanus (kawalan). Sangkar jaring yang mempunyai 20 ekor Sycanus mencatatkan min bilangan larva ulat bungkus paling sedikit dan berbeza secara signifikan (P<0.05) berbanding kawalan tetapi tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (P>0.05) dengan sangkar berisi 10 ekor Sycanus. Manakala bilangan larva ulat bungkus di kawasan lapangan yang dilepaskan dengan pemangsa Sycanus (plot eksperimen) mencatatkan jumlah yang lebih rendah dan berbeza secara signifikan (P<0.05) berbanding dalam plot kawalan. Secara keseluruhan kajian mendapati bahawa pemangsa S. dichotomus berpotensi untuk dijadikan agen kawalan biologi kerana keupayaan dan kemampuan pemangsa untuk menyerang ulat bungkus adalah tinggi di samping ia mudah dibiakkan di makmal menggunakan sumber makanan alternatif. Namun kajian lanjut tentang keupayaan pemangsa Sycanus dalam kawasan lapangan setelah dilepaskan perlu dijalankan untuk menilai kesan sebenar pemangsa di dalam mengawal perosak ulat bungkus.,Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Predatory insects | |
dc.subject | Pemangsa Sycanus | |
dc.subject | Ulat bungkus | |
dc.title | Potensi serangga pemangsa, Sycanus dichotomus (Hemiptera:Reduviidae) sebagai agen kawalan biologi ke atas ulat bungkus, Metisa plana (Lepidoptera:Psychidae) di kawasan kelapa sawit | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 91 | |
dc.identifier.callno | QL496.M846 2013 | |
dc.identifier.barcode | 001547 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81910+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.56 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.