Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463437
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIsmail Sahid, Prof. Dato' Dr.
dc.contributor.authorTan Pui Wan (P57530)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:25:22Z-
dc.date.available2023-09-25T09:25:22Z-
dc.date.issued2015-08-28
dc.identifier.otherukmvital:81701
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463437-
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk meneroka dan menilai kesan alelopati Pennisetum purpureum L. ke atas percambahan dan pertumbuhan tiga jenis rumpai yang biasa dijumpai di Malaysia. Spesies bioasai yang digunakan iaitu Cyperus iria L, Paspalum comjugatum Berg. dan Eleusine indica L. Kesan alelopati P. purpureum diuji dengan menggunakan hasil ekstrak, sarap dan eksudat akar. Sebatian alelokimia dalam P. purpureum ditentukan dengan menggunakan GCMS. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesan ekstrak akuas (20, 40, 60, 80 & 100 g/L) dan pereputan P. purpureum (50 dan 500 g sarap kg-1) ke atas peratusan percambahan, berat basah, berat kering, panjang pucuk, panjang akar oleh ketiga-tiga spesies bioasai (Paspalum conjugatum, Cyperus iria dan Eleusine indica), menurun secara berperingkat apabila tumbuhan tersebut terdedah kepada kepekatan yang meningkat. Ekstrak tisu daun P. purpureum menunjukkan kesan alelopati yang tinggi (100%) ke atas percambahan dan pertumbuhan ketiga-tiga spesies bioasai pada kepekatan 80 g/L and 100 g/L. Penemuan ini menunjukkan kehadiran sebatian fitotosik dalam ekstrak akuas tersebut. Eksudat akar dan tanah yang ditumbuhi P. purpureum mempunyai kesan perencatan yang signifikan ke atas percambahan dan pertumbuhan ketiga-tiga spesies bioasai (>50%) berbanding dengan kawalan (tanah diambil dari kawasan yang bebas P. purpureum). Sifat fisiko-kimia tanah di antara tanah yang ditumbuhi P. purpureum dan tanah kawalan tidak mempunyai banyak perbezaan, maka perencatan pertumbuhan tiga spesies bioasai mungkin disebabkan oleh kesan alelokimia. Fenomena ini menunjukkan bahawa kehadiran sebatian larutan air dan sebatian fitotosik dalam P. purpureum. Fenolik yang merupakan kumpulan terbesar metabolik sekunder yang biasa dijumpai dalam alelopati, dibuktikan dalam tanah yang ditumbuhi P. purpureum, sarap dan ekstrak akuas daun berdasarkan ujian kandungan fenolik total, eksudat akar (1.84 mg/g), akuas ekstrak (14.83 mg/g), tanah yang digaul (2.93 mg/g) dan tanah yang ditumbuhi (2.78 mg/g). Berdasarkan analisis GCMS, alelokimia yang dikenalpasti ialah 2-methoxy-4-vinylphenol. Kajian ini menunjukkan bahawa P. purpureum mengandungi kesan alelopati dan boleh diterokai dengan lebih mendalam untuk digunakan sebagai herbisid dalam pengurusan rumpai pada masa hadapan,Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectAlelopati Pennisetum purpureum
dc.subjectRumpai
dc.subjectBioasai
dc.subjectAllelopathy.
dc.titlePotensi alelopati Pennisetum purpureum terhadap tiga spesies rumpai terpilih
dc.typetheses
dc.format.pages149
dc.identifier.callnoSB732.75 .T344 2015
dc.identifier.barcode001463
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81701+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.