Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463435
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Munir Abdul Murad, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nor Faizura Said (P61340) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:25:18Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:25:18Z | - |
dc.date.issued | 2016-03-21 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81661 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463435 | - |
dc.description | Glaciozyma antarctica merupakan yis psikrofil yang dipencilkan daripada ais laut di persekitaran Stesen Penyelidikan Casey, Antartika. Yis ini mampu bermandiri pada suhu sejuk dan mempamerkan suhu pertumbuhan optimum pada 12°C. Dengan adanya jujukan genom G. antarctica yang lengkap, aplikasi proteomik dapat digunakan untuk menyelidik profil protein secara global. Objektif kajian ini ialah untuk membangunkan kaedah pengekstrakan dan pencernaan protein bagi kajian proteomik G. antarctica serta mengenal pasti protein intrasel serta tahap pengekspresannya apabila kultur G. antarctica didedahkan kepada beberapa suhu persekitaran berbeza. Kultur G. antarctica telah dihidupkan pada suhu 12°C sehingga fasa log pertengahan (OD600 ~2.0) dan dikenakan tekanan sejuk melalui pendedahan pada suhu -12°C, 0°C dan 12°C selama 6 jam dan 24 jam. Sebanyak tiga kaedah telah dinilai untuk mengekstrak protein intrasel G. antarctica dan didapati kaedah menggunakan bebuli kaca adalah yang paling berkesan untuk mendapatkan protein pada jumlah yang tinggi (6.45± 2 µg/µL) serta protein yang utuh. Dua pendekatan digunakan bagi penyediaan sampel peptida iaitu secara pencernaan dalam larutan dan pencernaan dalam gel diikuti dengan analisis peptida menggunakan kromatografi cecair spektrometri jisim sejajar (LC-MS/MS). Penyediaan sampel melalui kaedah pencernaan dalam larutan didapati berupaya mengenal pasti sebanyak 225, 216 dan 169 protein intrasel G. antarctica selepas 6 jam pendedahan, manakala sebanyak 126, 167 dan 123 protein dapat dikesan selepas 24 jam pendedahan, masing-masing pada suhu -12°C, 0°C dan 12°C. Kaedah pencernaan protein dalam gel pula berjaya mengenal pasti lebih banyak protein iaitu 287, 498 dan 322 protein, masing-masing pada suhu -12°C, 0°C dan 12°C selepas 6 jam pendedahan. Hasil analisis pencernaan secara dalam larutan bagi perlakuan 6 jam pendedahan mendapati sebanyak 85 dan 78 protein mempunyai tahap pengekspresan menaik masing-masing bagi kultur yang didedahkan pada suhu -12°C dan 0°C berbanding suhu pertumbuhan optimum G. antarctica iaitu 12°C. Analisis perbandingan protein yang dikesan hadir secara unik pada 0°C dan -12°C atau diekspres dengan berlebihan pada kedua-dua suhu berbanding suhu optimum pertumbuhan 12°C mendapati peratusan terbesar protein yang dikenal pasti adalah terlibat dalam proses translasi dan sintesis protein. Protein yang terlibat dalam fungsi pelipatan seperti protein kejut haba, faktor elongasi, protein DnaJ dan protein famili grup PPIase turut dikenal pasti. Selain itu, protein yang terlibat dalam metabolisme karbohidrat seperti heksokinase dan ATP sitrat sintase, metabolisme amino asid seperti biosintesis histidin serta protein yang terlibat dalam metabolisme lipid seperti asid lemak sintase dan sterol 24-C metiltransferase turut diekspres tinggi atau unik pada suhu 0°C dan -12°C. Terdapat juga protein glutaredoksin, glutation-S-transferase dan tioredoksin yang berfungsi menyahtoksik spesies oksigen reaktif (ROS). Kesimpulannya, kajian ini berjaya mengenal pasti protein yang terlibat membantu G. antarctica untuk bermandiri pada persekitaran suhu sejuk lampau.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Glaciozyma antarctica | - |
dc.subject | Yis psikrofil | - |
dc.subject | Analisis proteomik | - |
dc.subject | Pencernaan protein | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Analisis proteomik protein intrasel Glaciozyma antarctica yang didedahkan kepada suhu sejuk lampau | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 201 | - |
dc.identifier.barcode | 002209 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81661+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 284.66 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.