Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463400
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ismail Sahid, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Raja Razesvari Goonasakran (P62888) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:24:16Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:24:16Z | - |
dc.date.issued | 2016-02-21 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81374 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463400 | - |
dc.description | Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kepekatan logam berat plumbum (Pb), cadmium (Cd), kuprum (Cu), kromium (Cr), zink (Zn), mangan (Mn) dan ferum (Fe) dalam bahagian-bahagian pokok padi (akar, batang, daun, beras dan sekam) dan menentukan kepekatan logam berat dalam tanih sawah padi di semua kompatmen (1, 2, 3 dan 4) di IADA KETARA, Besut, Terengganu, Malaysia. Persampelan kajian ini dijalankan pada dua musim penuaian padi tahun 2012 iaitu bulan April dan November yang merupakan musim utama dan luar musim masing-masing. Kaedah penghadaman basah digunakan untuk mengekstrak kandungan logam berat dalam bahagian pokok padi. Logam berat dalam tanih diekstrak dengan kaedah ekstraksi jujukan yang merangkumi empat fraksi iaitu fraksi tukar ganti ion dan mudah luluh larut (TIML), penurunan asid (PA), oksidasi organik (OO) dan residu resistan (RR). Kandungan logam berat dalam pokok padi dan tanih sawah padi dikesan menggunakan plasma gandingan aruhan-spektrometer jisim (ICP-MS ELAN 9000 Perkin Elmer SCIEX). Hasil kajian mendapati bahawa kepekatan logam berat dalam pokok padi adalah paling tinggi dalam bahagian akar kecuali logam Cr, Zn dan Mn. Logam Zn adalah tinggi dalam beras dan sekam, logam Mn pula tinggi dalam bahagian daun dan sekam manakala logam Cr didapati paling tinggi dalam sekam dan beras. Kesemua logam berat paling banyak terdapat dalam fraksi RR tanih kajian kecuali logam Cd dan Cu. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati bahawa kepekatan logam berat dalam bahagian beras adalah masih di bawah had maksimum yang dibenarkan oleh Akta Makanan (1983) dan Peraturan Makanan Malaysia (1985). Secara keseluruhannya, kebiodapatan logam berat dalam kajian ini adalah rendah.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Logam berat | |
dc.subject | Pokok padi | |
dc.subject | Sawah padi | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penentuan kandungan logam berat dalam pokok padi dan tanih sawah padi di IADA KETARA, Besut, Terengganu, Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 114 | |
dc.identifier.barcode | 002169(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81374+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 491.05 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.