Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463396
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWickneswari Ratnam, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAtirah Abdullah Shah Aimin (P66626)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:24:10Z-
dc.date.available2023-09-25T09:24:10Z-
dc.date.issued2015
dc.identifier.otherukmvital:81333
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463396-
dc.descriptionSebanyak 75 progeni sib penuh hibrid Acacia yang dihasilkan secara pendebungaan terkawal telah diuji di Bintulu, Sarawak menggunakan rekabentuk rawak blok lengkap (RCBD). Kajian ini dijalankan bermula pada umur pokok 8 bulan, 17 bulan, 31 bulan, 42 bulan, 56 bulan dan 68 bulan selepas ditanam untuk melihat kadar kemandirian keseluruhan progeni dan menilai variasi ciri-ciri pertumbuhan dan ciri-ciri kayu berdasarkan seperti diameter paras dada (Dbh), ketinggian keseluruhan (Ht), ketinggian paras dahan (Cbh), bentuk batang (SF), panjang fiber (FL), ketumpatan kayu (WD), kandungan selulosa dan kandungan lignin. Heritabiliti umum (H2) dianggarkan bagi setiap ciri yang dikaji. Hasil kajian mendapati kadar kemandirian menurun mengikut peningkatan umur dan kesemua ciri yang dinilai menunjukkan kesan yang beerti (p<0.05). Penilaian sebanyak enam kali bagi ciri Dbh mendapati bahawa progeni 107/3, 109/5, 121/5, 134/2, 134/3, 125/4, 166/5, 122/1 168/7, 121/4, 129/1 dan 132/1 mempunyai prestasi Dbh yang baik dan stabil. Manakala daripada empat kali bancian bagi ciri Ht menujukkan bahawa progeni 107/3, 130/2, 134/3, 129/1, 121/5, 113/6, 122/1, 122/3, 132/1, 168/7, 120/2, 125/4 dan 133/1 lebih menyerlah dan stabil. Cbh yang pada umur 42 bulan tertinggi dimiliki oleh progeni 132/1 dengan bacaan 14.6 m. Terdapat tiga progeni yang mempunyai SF yang baik (kelas 5) iaitu progeni 111/4, 129/2 dan 169/1. Progeni 132/2 mempunyai FL yang tertinggi (0.9561 mm) dan progeni 169/6 mempunyai nilai WD yang tertinggi (0.6784g/cm3). Lima progeni yang mempunyai kandungan selulosa yang tertinggi ialah 111/2, 142/2,166/4, 114/2 dan 109/7. Manakala lima progeni yang mempunyai kandungan lignin yang terendah ialah 42/4, 176/1, 169/2, 131/4 dan 142/1. Nilai H2 bagi ciri kayu (H2 = 0.3 hingga 0.4) adalah lebih tinggi berbanding ciri-ciri pertumbuhan (H2 = 0.1 hingga 0.3). Umumnya, variasi yang tinggi dalam ciri pertumbuhan dan ciri kayu di kalangan progeni dapat memberi peluang untuk mengenalpasti ciri lokus kuantitatif (QTL) dan membangunkan penanda genetik bagi pemilihan tanaman berkualiti pada masa akan datang. Sebanyak 14 progeni sib penuh hibrid Acacia daripada kajian ini telah diuji juga di dua kawasan yang berlainan iaitu Segamat, Johor dan Mentakab, Pahang menggunakan rekabentuk eksperimen RCBD. Kajian ini dikendali bagi melihat kesan persekitaran yang berbeza terhadap ciri pertumbuhan dan ciri kayu progeni sib penuh hibrid Acacia pada umur 3 tahun hingga 4 tahun selepas ditanam. Kesan lokasi yang berbeza menunjukkan perbezaan beerti di antara progeni yang sama bagi semua ciri yang dinilai (p<0.05). Kesan 14 progeni di lokasi yang sama turut menunjukkan perbezaan yang beerti (p<0.05) bagi semua ciri fenotip yang dinilai kecuali ciri Cbh. Segamat mempunyai min yang tertinggi bagi ciri Dbh (14.7 cm), Ht (16.9 m), Cbh (12.2 m) dan SF (kelas 4). Manakala bagi ciri kayu pula Mentakab mempunyai nilai min FL (0.888 mm) dan WD (0.646 g/cm3) yang tertinggi berbanding nilai min FL dan WD progeni yang ditanam di Bintulu. Disebabkan oleh lokasi memainkan peranan dalam menentukan prestasi progeni sib penuh hibrid Acacia, pemilihan progeni boleh dilakukan dengan menggunakan ciri pertumbuhan dan ciri kayu yang mempunyai nilai H2 yang tinggi (i.e Ht (0.2 hingga 0.4); WD (0.30 hingga 0.32); FL (0.34 hingga 0.49)).,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectFenotip progeni
dc.subjectHibrid Acacia
dc.subjectPendebungaan
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian fenotip progeni sib penuh hibrid acacia (a. auriculiformis x a.mangium)
dc.typetheses
dc.format.pages125
dc.identifier.barcode002120(2016)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81333+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
522.09 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.