Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463373
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Munir Abd. Murad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorShuhaila Mat Sharani
dc.date.accessioned2023-09-25T09:23:30Z-
dc.date.available2023-09-25T09:23:30Z-
dc.date.issued2012-08-30
dc.identifier.otherukmvital:78313
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463373-
dc.descriptionGlaciozyma antarctica merupakan yis psikrofil obligat dan dalam kajian yang berkaitan, genomnya yang bersaiz 20 033 549 pb telah dijujuk dan dihimpun. Objektif kajian ini ialah untuk meramal struktur dan fungsi gen G. antarctica serta menciri strategi penyesuaian terhadap persekitaran sejuk lamp au berdasarkan data genom secara in silica. Peramalan struktur gen dibuat dengan menggunakan perisian GeneMark-ES-2.0, Augustus dan Glimmer. hmm , dan hasil ramalan telah digabung serta disemak secara manual dengan menggunakan perisian Artemis. Sebanyak 7857 gen telah diramal hadir dalam genom G. antarctica. Seterusnya peramalan fungsi gen telah dilakukan dengan membandingkan protein jangkaan G. antarctica dengan jujukan protein yang didaftarkan di pangkalan data Swiss-Prot menggunakan perisian BLAST. Selain itu, domain terpelihara bagi setiap protein diramal dengan menggunakan perisian InterproScan. Sebanyak 4937 protein diramal fungsi manakala 2920 protein dikategori sebagai protein hipotetikal kerana fungsinya tidak dapat diramal. Untuk memahami strategi G. antarctica meningkatkan kebendaliran membran pada suhu rendah, tapak jalan penghasilan asid lemak tak tepu telah dikenal pasti dan dicirikan. Sebanyak empat kumpulan desaturase iaitu delta 6, delta 9, delta 12 dan delta 15-asid lemak desaturase serta dua asid lemak elongase diramal terlibat dalam penyahtepuan dan pemanjangan asid lemak G. antarctica. Perbandingari dengan beberapa mikroorganisma menunjukkan bilangan gen mengekod kesemua desaturase dan elongase tersebut adalah lebih tinggi dalam G. antarctica. Untuk menentukan perbezaan antara struktur enzim intrasel dengan enzim ekstrasel G. antarctica serta perbezaan antara struktur enzim daripada G. antarctica dengan enzim homolog daripada kulat mesofil dan termofil, analisis komposisi asid amino dan struktur protein telah dijalankan. Analisis penempatan protein telah meramal sebanyak 279 protein G. antarctica sebagai protein ekstrasel dan selebihnya merupakan protein intrasel. Daripada jumlah tersebut sebanyak 53 protein ekstrasel dan 1176 protein intrasel diramal sebagai enzim. Perbandingan kumpulan asid amino menunjukkan enzim ekstrasel mempunyai kumpulan asid amino tak polar yang lebih tinggi dan kumpulan asid amino bercas dan aromatik yang lebih rendah berbanding enzim intrasel. Perbandingan antara struktur enzim G. antarctica dengan enzim homolog daripada kulat mesofil dan termofil menunjukkan enzim G. antarctica mempunyai bilangan struktur gelung yang lebih tinggi manakala bilangan ikatan hidrogen dan dwi-sulfida yang lebih rendah. Selain itu, sebanyak 37 protein kejut haba dan 17 faktor transkripsi kejut haba G. antarctica telah dikenal pasti. Analisis perbandingan menunjukkan bilangan gen mengekod faktor transkripsi kejut haba adalah lebih tinggi dalam G. antarctica berbanding beberapa yis mesofil. Berdasarkan analisis protein penghasil molekul krio-pelindung, sebanyak sembilan gen mengekod protein anti- beku dan sebilangan besar enzim terlibat dalam tapak jalan biosintesis eksopolisakarida iaitu asid hialuronik, gelan, alginat dan suksinoglikan, telah diramal. Sebagai kesimpulan, kajian ini berjaya menganotasi genom G. antarctica dan berdasarkan data genom yang dijana, beberapa strategi penyesuaian yis basidiomisit ini untuk bermandiri di persekitaran suhu sejuk lampau telah dirarnal.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectGlaciozyma antarctica
dc.subjectStrategi penyesuaian suhu
dc.subjectSuhu sejuk lampau
dc.subjectBasidiomycetes
dc.subjectYeast
dc.titleAnotasi genom Glaciozyma antarctica dan peramalan strategi penyesuaian terhadap suhu sejuk lampau secara in silico
dc.typetheses
dc.format.pages225
dc.identifier.callnoQK626.S558 2012 tesis
dc.identifier.barcode002905 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_78313+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.