Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463360
Title: Sifat elektrik dan magnet komposit nano BaTiO3/BaFe12O19
Authors: Siti Nurliyana binti Anuar (P63075 )
Supervisor: Zalita Zainuddin, Dr.
Keywords: Komposit nano
Issue Date: May-2015
Description: Komposit nano BaTiO3/BaFe12O19 (BT/BF) dihasilkan untuk mempelbagaikan bahan yang bersifat multifungsi. Barium titanat, BT telah digunakan secara meluas dalam bidang elektronik seperti media simpanan kerana pemalar dielektriknya yang tinggi. Sementara itu barium ferit, BF merupakan magnet kekal yang banyak digunakan dalam perkakasan elektronik seperti cakera keras. BF juga mempunyai sifat dielektrik yang boleh memberi kesan kepada nilai pemalar dielektrik bahan seramik BT. Dalam kajian ini, sampel dengan nisbah berat BT: BF adalah 10:0, 9:1, 7:3, 5:5, 3: 7, 1:9 dan 0:10 telah dihasilkan menggunakan kaedah tindak balas keadaan pepejal. Bahan yang digunakan adalah bersaiz nano (~ 50 hingga 60 nm) dan suhu sinteran 1000 °C. Sifat elektrik seperti pemalar dielektrik, kehilangan tangen dan kekonduksian elektrik komposit nano dikaji menggunakan spektroskopi impedans. Didapati sifat dielektrik komposit BT/BF adalah dipengaruhi oleh struktur campuran kubus dan heksagon serta turut disumbangkan oleh butiran yang bersaiz nano. Pemalar dielektrik dan kehilangan tangen sampel komposit berkurang dengan frekuensi namun meningkat dengan komposisi BF. Peningkatan frekuensi menyebabkan pengutuban yang berlaku tidak mengikuti arah medan elektrik yang dibekalkan. Berdasarkan nilai pemalar dielektrik yang diperolehi pada suhu 25 °C, sampel komposit BT1/BF9 telah mendominasi pada julat frekuensi 20 - 10000 Hz. Frekuensi rendah (50 - 120 Hz) lebih sesuai untuk digunakan bagi penggunaan perkakasan elektronik media simpanan. Kehadiran BF menyebabkan kehilangan tangen komposit BT1/BF9 meningkat sehingga menghampiri nilai 100. Disebabkan komposit BT1/BF9 berciri penebat, rintangan elektriknya adalah tinggi iaitu 1.21× 105 Ω dan mempunyai kekonduksian elektrik yang kurang daripada 10-2 S/m. Disebabkan komposit BT1/BF9 menunjukkan nilai pemalar dielektrik yang tinggi pada julat frekuensi yang berbeza, maka ia dipilih untuk kajian lanjutan terhadap perubahan suhu. Pemalar dielektrik komposit BT1/BF9 berkurang dengan peningkatan suhu disebabkan oleh perubahan pada orentasi struktur tetrahedron dan oktahedron dalam hablur BF. Manakala BT yang berbentuk kubus meningkatkan nilai pemalar dielektrik. Kehilangan tangen komposit BT1/BF9 meningkat apabila suhu melebihi 70 °C. Rintangan berkurang daripada 106 Ω ke 102 Ω apabila suhu dinaikkan. Pengurangan rintangan menyebabkan kekonduksian elektrik meningkat kepada 10-1 S/m dan berkelakuan seakan-akan bahan semikonduktor. Pemagnetan maksimum meningkat manakala medan paksaan berkurang dengan peningkatan komposisi BF. Daripada hasil kajian yang diperolehi, didapati sampel nano komposit BT1/BF9 lebih sesuai untuk diaplikasikan pada suhu kurang daripada 90 °C.,Master/Sarjana
Pages: 94
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77036+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.