Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463353
Title: Pembangunan sistem pengukuran kecekapan kutipan cas berasaskan kad pelbagai guna UNIO52 bagi pencirian pengesan radiasi nuklear jenis semikonduktor
Authors: Norizam binti Saad (P53231 )
Supervisor: Muhammad Azmi Abdul Hamid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kad pelbagai guna
UNIO52
Issue Date: 31-Oct-2014
Description: Kajian ini melibatkan pembangunan sistem pengukuran kecekapan kutipan cas (CCE) menggunakan sistem pembilang nuklear yang dihubungkan ke komputer menggunakan kad pelbagai guna UnIO52 bagi pencirian pengesan radiasi nuklear jenis semikonduktor. CCE adalah ciri sesuatu pengesan radiasi nuklear jenis semikonduktor yang digunakan sebagai kayu pengukur kecekapan pengesanan radiasi nuklear tersebut. Justeru itu, ciri ini digunakan dalam pencirian radiasi pengesan radiasi nuklear jenis semikonduktor. Walau bagaimanapun, sistem pengukuran CCE tidak dikomersialkan sebaliknya dibangunkan oleh institusi penyelidikan yang terlibat bagi memenuhi keperluan pencirian pengesan radiasi nuklear jenis semikonduktor. Sistem yang dibangunkan di institusi-institusi ini tidak mesra pengguna dan tidak berkonsepkan plug and play yakni hanya dengan sekeping papan elektronik kecil yang boleh diaplikasikan pada mana sistem pembilang nuklear dan komputer dengan mudah. Kad pelbagai guna UnIO52 yang berasaskan papan lapangan barisan get terprogram (FPGA) memenuhi keperluan mesra pengguna kerana ia boleh dihubungkan ke perkakasan sasaran kepada komputer secara plug and play. Kad ini agak unik dengan kepelbagaian fungsi yang terdapat padanya yang membolehkan pembangunan sistem hanya dengan sekeping kad. Aturcara dokumentasi juga dibangunkan untuk melengkapkan sistem pengukuran CCE dengan menggunakan perisian LabVIEW 8.6. Ujian kefungsian sistem pengukuran CCE dijalankan dengan menjalankan ujilari menggunakan kaedah simulasi. Kaedah simulasi ini adalah pengujian menggunakan penjana isyarat untuk menggantikan fungsi punca radiasi nuklear dan pengesan radiasi nuklear serta penggunaan bekalan kuasa arus terus bagi menggantikan fungsi voltan tinggi (HV) yang diperlukan dalam analisa CCE pengesan radiasi nuklear jenis semikonduktor. Tentusahan sistem pengukuran ini juga digunakan menggunakan prosedur pengujian kawalan kualiti (QC) bagi tujuan penentusahan sistem menggunakan kaedah piawai yang digunapakai keatas semua instrumen nuklear yang digariskan dalam dokumen piawai, IAEA-TECDOC-602. Sistem pengukuran CCE ini yang telah ditentusahkan kemudian diuji menggunakan sampel pengesan radiasi nuklear kadmium zink tellurida (CdZnTe). Perbandingan nilai CCE yang diperolehi menggunakan sistem pengukuran ini dengan nilai CCE yang dikira menggunakan maklumat daripada penganalisa berbilang saluran (MCA) dan perisian komersial juga telah dilakukan. Keputusan ujilari sistem pengukuran CCE menunjukkan sistem yang dibangunkan ini berfungsi dengan baik. Keputusan ini disokong keputusan ujian tentusahan sistem ini yang mematuhi piawaian prosedur pengujian QC dalam dokumen piawai, IAEA-TECDOC-602. Sistem ini juga berjaya mengukur nilai CCE sampel pengesan radiasi nuklear CdZnTe. Perbandingan nilai CCE pengesan radiasi nuklear jenis semikonduktor ini dengan nilai CCE yang dikira menggunakan MCA dan perisian komersial menunjukkan peratus sisihan masih berada dalam julat yang boleh diterima iaitu 9.50 peratus.,Master/Sarjana
Pages: 217
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77027+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.