Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463314
Title: Kajian penghasilan nano zero valent irin (NZVI) dalam menyingkirkan logam berat daripada air tercemar
Authors: Noraznida bt Kamaruszaman (P57564)
Supervisor: Wan Zuhairi Wan Yaacob, Prof. Madya Dr.
Keywords: Nano zero valent irin
Issue Date: 12-Mar-2014
Description: Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan dan menentukan keupayaan Nano Zero Valent Iron (NZVI) untuk merawat pencemaran air permukaan dan air bawah tanah. NZVI dihasilkan dengan menggunakan konsep penurunan yang melibatkan dua kaedah iaitu penurunan secara pemanasan dan penurunan secara kimia. Sampel yang dihasilkan daripada kaedah pemanasan ini dilabelkan sebagai MBI(B)T1. Sampel yang dihasilkan daripada penurunan secara kimia dilabelkan sebagai FeR-1b. Kedua-dua sampel MBI(B)T1 dan FeR-1b dilakukan analisis-analisis lanjutan seperti analisis sifat fizikal dan kimia serta ujian penjerapan berkelompok untuk menentukan keupayaan penjerapan oleh kedua-dua sampel terhadap logam-logam berat. Pencirian MBI(B)T1 dan FeR-1b dilakukan dari aspek kandungan kimia, struktur, morfologi, saiz, nilai valensi, keupayaan pertukaran kation (KPK), luas permukaan spesifik (LPS), ketumpatan relatif dan keupayaan penjerapan FeR-1b terhadap logam berat iaitu logam Cu, Pb, Ni dan Zn. Imej dari Mikroskop Imbasan Elektron(SEM) direkodkan terhadap MBI(B)T1 memberikan imej partikel memanjang danbersudut.Analisis terhadap FeR-1b memberikan imej berantai, pengelompokan partikel dan struktur jejarum. Analisis Mikroskop Transmisi Elektron(TEM)memperinci imej dalaman atau morfologi sampel MBI(B)T1 dan FeR-1b. Analisis TEM menunjukkan terdapat pengelompokan partikel dan morfologi teras dan petala pada kedua-dua sampel. Saiz purata partikel bagi sampel MBI(B)T1 adalah 10 nm hingga 20 nm manakala partikel FeR-1b bersaiz purata 10nm hingga 50 nm. Nilai valensi diperolehi dari analisis Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X (XPS) menunjukkan spektrum yang dikesan ke atas MBI(B)T1 bersesuaian dengan nilai tenaga ikatan Fe2+ atau Fe3+ dan analisis ke atas FeR-1b meletakkan spektrum bersesuaian dengan tenaga ikatan Fe0 . Analisis keupayaan pertukaran kation (KPK) memberi nilai yang lebih tinggi kepada MBI(B)T1 iaitu 6.27, 6.32 dan 7.26 meq/100g berbanding FeR-1b iaitu 1.13, 1.05 dan 1.32 meq/100g. Hasil dari analisis luas permukaan spesifik (LPS) memberikan nilai 29.56, 33.31 dan 36.52 m2/g untuk MBI(B)T1 dan 279.8,220.1,248.5 m2/g untuk FeR-1b. Ujian ketumpatan relatif memberikan nilai 3.502, 4.695 dan 4.796 untuk MBI(B)T1 dan 2.23, 2.25 dan 2.25 untuk FeR-1b.Berdasarkan lengkung penjerapan dalam ujian penjerapan berkelompok semua logam berat,FeR-1b memberikan keupayaan penjerapan lebih tinggi berbanding MBI(B)T1. Sampel FeR-1b berjaya dihasilkan sebagai NZVI berdasarkan saiz butiran mencapai nanometer dan wujudnya unsur Fe0 dalam sampel ini dan sebaliknya bagi sampel MBI(B)T1. Namun, kedua-dua sampel menunjukkan keupayaan penjerapan yang tinggi berdasarkan nilai Kd (Pb, Ni, Cu dan Zn) iaitu 0.08, 0.78, 0.51 dan 0.11bagi MBI(B)T1 dan 0.19, 0.22, 0.14 dan 0.15 bai FeR-1b serta peratus penjerapan sehingga 100 %. Kajian ini telah berjaya menghasilkan NZVI di dalam makmal dan ia berupaya merawat pencemaran logam berat.,Master/Sarjana
Pages: 142
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76412+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.