Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463295
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Amir Rabu, Dr. | - |
dc.contributor.author | Zafirah Azween Zainal Alam (P45164 ) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:21:06Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:21:06Z | - |
dc.date.issued | 2014 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:75403 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463295 | - |
dc.description | Perkembangan genetik berbalik bagi virus dengan RNA bebenang negatif membolehkan pembangunan virus penyakit Newcastle rekombinan (rNDV) yang dapat memberi manfaat dalam membangunkan vaksin vektor yang berpotensi terhadap penyakit Newcastle dan penyakit-penyakit lain. Keseluruhan RNA yang diekstrak daripada NDV AF2240 telah digunakan sebagai templat dalam melakukan sintesis cDNA virus melalui tindak balas berantai polimerase - transkripsi berbalik (RT-PCR). Jujukan DNA keseluruhan genom virus dijana secara PCR bertindih, dan telah diklon bersama-sama dengan jujukan tambahan pemimpin T7, ribozim dan penamat T7 ke dalam vektor pBR322 terubahsuai untuk membentuk plasmid NDVpBR. Plasmid pembantu yang mengekodkan gen bagi protein NP, P dan L telah diklon secara berasingan ke dalam vektor pengekspresan pCITE. Penjanaan virus rekombinan, rNDV melalui ko-transfeksi plasmid NDVpBR bersama-sama plasmid pembantu ke dalam sel mamalia BHK-21 dilakukan di bawah kawalan polimerase RNA faj T7. Perkembangan kesan sitopatik (CPE) pada sel BHK-21 yang telah ditransfek diperhatikan sepanjang tempoh 96 jam penginokulatan. Antara CPE yang diperhatikan adalah pembentukkan sel gergasi, plak, jambatan intrasitoplasmik, pemvakuolan sitoplasma dan sinsitia. Kematian dan kemusnahan sel monolapis BHK-21 diperhatikan selama 96-jam pos-transfeksi. Hasil pengasaian ke atas rNDV yang telah dituai, menunjukkan positif untuk aktiviti penghemaglutinatan (HA) terhadap sel-sel darah merah ayam. Sebanyak 1 log virus telah dikenal pasti dalam setiap 50 μL sampel S2b. Hasil ujian jangkitan ke dalam telur embrio ayam SPF sebanyak dua generasi menunjukkan infektif rNDV telah dikenal pasti pada sampel S2b-D (generasi pertama) dan S2b-D1 (generasi kedua). Kehadiran rNDV di dalam kedua-dua sampel ini telah disahkan secara RT-PCR dan penjujukan DNA. Penjajaran antara jujukan DNA rNDV dan jujukan rujukan (nombor aksesi JX012096.1) menunjukkan perbezaan sebanyak 2 bes pada nukleotida 5748 (G kepada A) and 5990 (T kepada C). Analisis selanjutnya ke atas gen HN dan F rNDV menunjukkan persamaan 100% dengan plasmid NDVpBR iaitu templat asal bagi genom RNA rNDV. Berdasarkan hasil analisis yang diperoleh pada klon S2b-D dan S2b-D1, dapat disimpulkan bahawa kajian ini telah berjaya menjana NDV rekombinan yang dijangkakan mirip kepada virus asal iaitu strain velogenik NDV AF2240.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Virus | - |
dc.subject | (NDV) | - |
dc.title | Pembangunan rekombinan velogenik virus penyakit Newcastle (NDV) strain AF2240 secara genetik berbalik | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 176 | - |
dc.identifier.callno | QR395.Z336 2014 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75403+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.81 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.