Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463292
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Munir Abdul Murad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAmatul Samahah Md Ali (P48537 )-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:21:02Z-
dc.date.available2023-09-25T09:21:02Z-
dc.date.issued2014-
dc.identifier.otherukmvital:75399-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463292-
dc.descriptionDalam kajian ini, dua selulase rekombinan, selobiohidrolase, Avi2 daripada Humicola insolens dan endoglukanase, Eg1, daripada Thermoascus aurantiacus telah dibangunkan bagi menghidrolisis tandan kosong kelapa sawit (TKKS) kepada gula ringkas. Jujukan cDNA avi2 and eg1 telah diamplifikasi dengan menggunakan PCR transkripsi berbalik dan diklon ke dalam vektor pengklonan, p-GEMT Easy, dan seterusnya ke dalam vektor pengekspresan Pichia pastoris, pPICZαC. Vektor pengekspresan eg1_pPICZαC dan avi2_pPICZαC, masing-masing membawa cDNA eg1 dan avi2, dicerna dan ditransformasi ke dalam hos pengekspresan, P. pastoris X-33. Avi2 and Eg1 telah berjaya diekspres sebagai protein rekombinan ekstrasel, masing-masing bersaiz 53.2 kDa and 36.6 kDa. Penghasilan kedua-dua enzim disahkan melalui analisis pemblotan Western dan pengasaian aktiviti. Kedua-dua enzim rekombinan yang terlakur dengan penanda poli-histidina telah ditulen dengan menggunakan kromatografi afiniti ion logam terpegun. Seterusnya, pencirian biokimia bagi Avi2 and Eg1 tertulen seperti pengenalpastian suhu dan pH optimum, kestabilan suhu dan pH, kesan ion logam serta kespesifikan substrat telah dijalankan. Avi2 rekombinan mempunyai aktiviti optimum pada suhu 60°C manakala Eg1 rekombinan mempunyai aktiviti optimum pada suhu 70°C. Kedua-dua enzim juga menunjukkan pH optimum yang berbeza iaitu pada pH 5.0 bagi Avi2 dan pH 4.0 bagi Eg1. Kedua-dua enzim ini stabil pada pH 3.0 hingga pH 9.0, dimana enzim-enzim ini dapat mengekalkan lebih daripada 80% aktiviti asalnya setelah dieram pada pH yang berbeza selama 30 minit. Avi2 dan Eg1 stabil pada suhu di antara 30°C hingga 60°C. Avi2 menunjukkan aktiviti tertinggi terhadap avicel di mana aktiviti spesifik ialah 75 mUmg-1 manakala Eg1 pula menunjukkan aktiviti tertinggi terhadap substrat carboxymethyl cellulose (CMC) iaitu sebanyak 610 Umg-1. Aktiviti Avi2 rekombinan telah ditingkatkan dengan kehadiran beberapa ion logam seperti Mn2+, Co2+, Ba2+ dan K+ manakala aktiviti Eg1 rekombinan ditingkatkan dengan kehadiran Zn2+, Ca2+, Co2+, Cu2+, Mn2+, dan Fe2+. Seterusnya beberapa formulasi campuran Avi2 dan Eg1 rekombinan telah digunakan untuk menghidrolisis 1% (j/i) selulosa TKKS. Hasil hidrolisis TKKS pada suhu 50°C dan pH 6.0 menunjukkan bahawa campuran Avi2 dan Eg1, pada nisbah campuran 2:3 dan dengan penambahan enzim β-glukosidase serta ion logam, dapat menghasilkan gula penurun tertinggi. Kajian ini mencadangkan campuran Avi2 dan Eg1 rekombinan berpotensi untuk diguna bagi mencurai TKKS kepada gula ringkas.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSelobiohidrolase (AV12)-
dc.subjectEndoglukanase (EG1)-
dc.subjectHydrolases \\x Industrial applications-
dc.titlePembangunan enzim rekombinan selobiohidrolase (AV12) dan endoglukanase (EG1) untuk pencuraian tandan kosong kelapa sawit-
dc.typetheses-
dc.format.pages139-
dc.identifier.callnoTP248.65.H93A463 2014 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75399+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.