Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463265
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorOsman Hassan, Prof. Dr.
dc.contributor.authorTang Pei Ling (P 58611)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:20:18Z-
dc.date.available2023-09-25T09:20:18Z-
dc.date.issued2013-01-10
dc.identifier.otherukmvital:74725
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463265-
dc.descriptionKajian ini dilaksanakan untuk menentukan pengaruh pra-rawatan dan komposisi campuran enzim terhadap kecekapan sakarifikasi berenzim terhadap serat tandan kosong kelapa sawit (STKKS). Pengoptimuman penghasilan gula dari STKKS dilaksanakan dengan kombinasi kaedah pra-rawatan yang paling cekap dan komposisi campuran enzim yang optimum. Kebolehfermentasian hidrolisat STKKS yang terhasil dikaji dengan menggunakan yis roti komersial S.cerevisiae. Kaedah pra-rawatan yang dikaji adalah pemanasan pada suhu 80oC dan 120oC dalam gliserol akuas, asid asetik akuas, asid sulfurik akuas, campuran gliserol akuas-asid sulfurik, campuran gliserol akuas-asid asetik dan campuran gliserol akuas-alkali. Pra-rawatan pada suhu 120oC selama 3 jam dengan menggunakan pelarut campuran 50% (i/i) asid asetik dan 80% (i/i) gliserol akuas pada nisbah percampuran 97:3 (4.85 mL asid/g STKKS: 0.24 mL gliserol/g STKKS) didapati berupaya meningkatkan kecekapan penghasilan gula dari STKKS ke tahap yang maksimum. Namun, dengan kombinasi pengoptimuman komposisi campuran enzim selulase-hemiselulase, pra-rawatan dengan kombinasi 5% (i/i) asid asetik (rendaman 24 jam) dan stim selama 30 minit didapati lebih berkesan. Pada kepekatan 1.39% (i/i) campuran enzim yang mengandungi selulase-hemiselulase (Cellic Ctec 2 dan Cellic Htec 2) dan nisbah percampuran 69:31 (309.78BHU/g STKKS; 6.37 IU/g STKKS) terhadap 10% (b/i) STKKS pra-rawat 5% (i/i) asid asetik-stim selama 48 jam, sebanyak 163.28+17.43 mg xilosa/g STKKS (~100% perolehan) dan 260.49+17.22 mg glukosa/g STKKS (~75.66% perolehan) terhasil. Kira-kira 84% jumlah gula berjaya diperolehi. Dalam ujian fermentasi, sebanyak 1.89x108+2.30x107 cfu/mL pertumbuhan sel dan penghasilan 20.82+1.33 g/L etanol diperolehi. Semua gula yang hadir dalam hidrolisat digunakan selepas fermentasi kecuali xilosa. Melalui kajian ini, didapati bahawa kecekapan penghasilan gula yang boleh difermentasikan dipengaruhi oleh kesan interaksi antara kaedah pra-rawatan dan komposisi campuran enzim yang digunakan dalam langkah sakarifikasi berenzim. Komposisi campuran enzim yang optimum untuk sakarifikasi didapati berbeza antara STKKS yang dipra-rawat dengan kaedah pra-rawatan yang berlainan. Perubahan sifat fizikal STKKS selepas pra-rawatan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada perbezaan komposisi campuran enzim yang diperlukan semasa sakarifikasi. Dengan itu, pengoptimuman kaedah pra-rawatan dan komposisi campuran enzim secara serentak dibuktikan berupaya meningkatkan kecekapan penghasilan gula dari STKKS. Fermentasi yis S.cerevisae selama 24 jam menunjukkan kesesuaian STKKS sebagai medium fermentasi. Antara kaedah pra-rawatan yang dikaji, didapati pra-rawatan gliserol akuas beralkali adalah paling cekap. Namun, demi menjamin kesinambungan proses keseluruhan dari pra-rawatan hingga fermentasi, pra-rawatan berasid menjadi pilihan. Kesimpulannya, pada akhir kajian ini, mendapati bahawa fermentsi hidrolisat daripada 1g STKKS pra-rawat 5% (i/i) asid asetik-stim, dapat menghasilkan 0.21+0.01g etanol.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectGula
dc.subjectFermentasi
dc.subjectKelapa sawit
dc.subjectSugar
dc.titlePenghasilan gula yang boleh difermentasikan melalui dekonstruksi dan degradasi serat tandan kosong kelapa sawit (STKKS)
dc.typetheses
dc.format.pages244
dc.identifier.callnoQP601.T344 2013
dc.identifier.barcode000361
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74725+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.