Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463263
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fredolin Tangang @ Tajudin Mahmud, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Ngai Sheau Tieh (P52284) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:20:15Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:20:15Z | - |
dc.date.issued | 2013-03-14 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74719 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463263 | - |
dc.description | Model Markov terpendam tak homogen (Non-homogeneous hidden Markov model, NHMM) digunakan untuk menurun skala serta mengunjur hujan harian masa depan di Malaysia berdasarkan senario emisi SRES A2 dan B1. Data cerapan curahan hujan harian dalam tempoh masa 35 tahun (1970-2004) daripada 17 stesen kajicuaca Malaysia yang diperolehi dari Jabatan Meterologi Malaysia telah digunakan dalam kajian ini. Kajian penurunan skala ini menfokus kepada dua musim monsun utama - i) Monsun Barat Daya (musim panas) dan ii) Monsun Timur Laut (musim sejuk). Produk analisis semula daripada National Center for Atmospheric Research (NCEP) digunakan sebagai peramal pembolehubah berskala besar untuk pembinaan dan kalibrasi model. Set data multi-model yang diperoleh daripada World Climate Research Programme's (WCRP's) Coupled Model Intercomparison Project phase 3 (CMIP3) digunakan untuk unjuran hujan harian pada masa depan. Sejumlah 13 GCM (General circulation models) digunakan sebagai model-model pemacu. Tiga tempoh masa utama telah dipilih untuk simulasi: tahun 1971 hingga 2000 sebagai tempoh garis dasar masa kini, tahun 2046 hingga 2065 dan tahun 2081 hingga 2100 digunakan untuk tempoh unjuran iklim masa depan. NHMM mengenalpasti lima keadaan cuaca yang tersendiri untuk musim Monsun Barat Daya dan enam keadaan cuaca yang berlainan bagi musim Monsun Timur Laut. Enam calon peramal yang berpotensi telah dikaji. Peramal optimum bagi hujan harian Monsun Barat Daya adalah gabungan peramal daripada kombinasi tekanan paras laut dan ketinggian geopotensi pada paras 500 hPa. Kombinasi angin mengufuk dan angin mencancang pada paras 850 hPa merupakan gabungan peramal yang optimum untuk Monsun Timur Laut. Hasil kajian menunjukkan bahawa NHMM berjaya menghasilkan semula statistik hujan skala stesen yang baik (kejadian hujan dan juga curahan hujan harian). Statistik kuantil cerapan hujan juga dihasilkan dengan baik walaupun penyesuaian model adalah berbeza antara stesen. Secara keseluruhannya, didapati bahawa pemodelan simulasi penurunan skala GCMs pada Monsun Timur Laut adalah lebih baik berbanding Monsun Barat Daya. Indeks hujan yang menunjukkan kejadian hujan adalah lebih baik dimodelkan berbanding dengan indeks yang menunjukkan curahan hujan. Stesen unjuran perubahan hujan yang didorong oleh 13 GCMs menunjukkan variasi yang ketara di antara model. Di bawah senario B1 (A2), peratusan perubahan purata intensiti di stesen daripada unjuran 13 GCMs menunjukkan julat di antara -13% sehingga 14% (-15% sehingga 14%) bagi Monsun Timur Laut. Selain itu, semasa Monsun Barat Daya perubahan peratus purata kelebatan diunjurkan di stesen antara julat -12% sehingga 14% (-16% sehingga 14%) untuk senario B1(A2). Unjuran daripada purata multi-model pada akhir abad ke-21 menunjukkan bahawa jumlah curahan hujan pada Monsun Barat Daya (Timur Laut) akan meningkat (menurun) sedikit di kebanyakan stesen Semenanjung Malaysia di bawah kedua-dua senario emisi SRES A2 dan B1.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Hujan harian | |
dc.subject | Model Markov | |
dc.subject | Malaysia | |
dc.subject | Rain and rainfall \\--Malaysia | |
dc.title | Penurunan skala curahan hujan harian di Malaysia menggunakan model Markov terpendam tak homogen | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 226 | |
dc.identifier.callno | GBQC925.N463 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000383 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74719+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.